Thursday, October 2, 2008
Monday, August 18, 2008
Ribut Di Pasar Malam
Sunday, August 17, 2008
Lee Chong Wei Kalah Kepada Lin Dan
Tahu mengapa Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan merebut emas di Beijing? ......... Kerana beliau tertekan setelah dapat tahu bahawa beliau tak mungkin dapat masuk "belajar" di UiTM kerana dasar UiTM yang tidak menerima kemasukan rakyat Malaysia berketurunan Cina. Beliau "kesal" dan "hilang tumpuan" kerana status beliau tidak setaraf dengan mereka yang layak masuk, walaupun beliau sendiri amat diminati di kampus UiTM. Malaysia O Malaysia! Ape ke dasar nih?
Saturday, August 16, 2008
Lee Chong Wei dan UiTM

Malangnya, terdapat sekelompok Melayu yang kononnya bertanggungjawab menjaga hak kemelayuan mereka, yang menentang keras kemasukan bukan Melayu ke UiTM. Inikah yang dikatakan bukan perkauman? Inikah ciri-ciri memupuk perpaduan. Sia sia sahaja usaha menteri wanita yang akan menganjurkan larian perpaduan bermula di Dataran merdeka Ahad ini, kerana kelompok Melayu UiTM bikin tak serupa cakap. Sampai bila pun tak akan wujud perpaduan jika sikap perkauman di kalangan parti Cina, Melayu dan India tidak berubah dasar dan sikap. Di luar mahukan perpaduan manakala di dalam penuh dengan semangat perkauman yang tebal dan mendalam.
Tuesday, August 12, 2008
Hard To Understand
Sunday, August 10, 2008
Rasuah Politik atau Politik Wang
Monday, August 4, 2008
Sumber Daripada Harakah Daily
Ahli-ahli Umno di Dataran Merdeka esok lapor rasuah PM
Abdul Aziz Mustafa Mon Aug 04, 08 7:33:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".
Iklan
Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.
Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.
Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.
Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.
"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.
Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.
"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.
"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.
Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya._
TV, Radio dan Akhbar
Seperti biasa TV, radio dan akhbar pro BN balik ke amalan sebelum piliharanraya 12. Setiap berita mengenai DSAI akan disertai dengan ulasan-ulasan yang memualkan. Pelaporan berat sebelah menjadi asam garam mereka. Jika amalan ini diteruskan, hasil pilihanraya kecil Permatang Pauh tentu akan akan lebih mengecewakan BN. Mereka masih belum insaf bahawa penyiaran yang berat sebaleh membawa padah. Rakyat Malaysia telah buka mata sementara TV, radio dan akhbar mereka masih dalam kegelapan sedang mereka masih lena tidur. Insaflah! Jangan jadi bodoh. Hentikan penyiaran yang berat sebelah. Rakyat bukan bodoh. Bila menyiarkan berita, jangan ulas; cukuplah dengan bahan berita semata-mata. Biar pendengar atau pembaca yang ulas mengikut persepsi mereka sendiri. Dengan cara itu kemarahan mereka boleh diturunkan.
Saturday, August 2, 2008
UMNO Gagal Sebagai Parti Contoh
Rafidah akui terdapat politik wang dalam partinya.
Rakyat tidak terperanjat mendengarnya kerana memang telah diketahui umum bahawa dalam negara ini parti beliau jaguh dalam politik wang yang kini dipanggil rasuah politik. Kekecuhan berlaku dalam setiap peringkat , dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Mana ada parti politik lain yang paling kecoh dalam proses memilih pemimpin. UMNO adalah juara. Selain itu mereka perasan dan tidak sedar diri. Mereka mempelekeh parti lain sedangkan urusan rumahtangga sendiri kucar kacir. Budaya ini dikongsi oleh rakan kongsi mereka MCA dan MIC; berbalah sesama sendiri.
Lihatlah DAP dan PAS. Mereka tidak bertelagah dalam urusan memilih pemimpin. Jadi, jangan mimpilah nak mengajar parti lain. Tidak ada apa yang nak dijadikan contoh. Semuanya buruk belaka dalam UMNO, MCA dan MIC. Dan, yang penting rakyat semua sedia maklum akan kelemahan ini. Takkanlah mereka nak undi mereka dalam pilihanraya kelak. Good-bye UMNO.
Thursday, July 31, 2008
Lemah Dalam Penjagaan
Melihat pasu-pasu gergasi di perkarangan stadium yang tersergam indah di Gong Badak menimbulkan tanda tanya samada kenyataan bahawa orang kita lemah dalam penjagaan, cuma ghairah untuk membina sesuatu yang tersergam baru dah mahal hingga beratus juta nilainya, tetapi gagal menjaganya dengan baik secara berterusan. Ini kerana semua pokok yang ditanam dalam pasu besar itu telah dibiarkan kering dan mati. Inikah yang namakan budaya bagi mereka yang melaungkan ketuanan Melayu. Orang bangla berduyung-duyung menuju ke tempat kerja, orang kita berduyung-duyung dibiarkan berpeleseran tanpa tujuan. Adakah kita mahukan kedudukan bergoyang kaki tanpa perlu berusaha itu, sebagai kemegahan ketuanan Melayu?
Saturday, July 26, 2008
Kebijaksaan Di Atasi Oleh Kebebalan
Isu Terengganu membeli kereta mercedes tidak perlu dicerita lebih lanjut untuk menarik perhatian semua. Paling nyata, pembelian itu dilaksanakan dengan alasan yang bijaksana. Malangnya, tindakan melarang ia digunakan oleh exco serta mengarahkan kereta itu digunakan oleh pelawat ke Terengganu adalah adalah arahan yang boleh dianggap bebal. Orang kurang cerdik pun boleh melihat kelemahan arahan sedemikian. Anihnya MB Terengganu mendapat sokongan semua pihak kecuali dua tiga kerat daripada mereka yang menyokong PM sahaja.
Saturday, July 19, 2008
Undi Tidak Percaya Tidak Penting
Walaupun PM Malaysia tidak pernah menghadapi undi tidak percaya secara rasmi di parlimen atau dalam mesyuarat MT parti, adalah amat jelas bahawa beliau sebenarnya sentiasa mendapat tentangan dari dalam dan luar parti serta dari dalam dan luar kerajaan secara berterusan. Tentangan datang dalam berbagai wajah dan bentuk secara bertimpa-timpa. Desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada pelbagai pihak adalah merupakan salah satu bentuk undi tidak percaya. Pilihanraya 8 Mac, 2008 menjadi tarikh keramat di mana setiap ahli UMNO menjadi pandai bersuara dan merasakan wajar menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa berselindung mengenai presiden parti mereka yang juga PM Malaysia.
Sebahagian daripada mereka yang lebih bertimbang rasa melabelkan ini sebagai keterbukaan PM, kerana bersedia mendengar dan dikritik. Mereka juga memuji-muji PM di atas kesediaan sebegini. Malangnya majoriti rakyat Malaysia tidak melihatnya begitu. Mereka melihatnya sebagai kebangkitan yang mahukan presiden parti, merangkap PM itu, supaya berundur. Malangnya, mesej ini seolah-olah “fell on deaf ears” sepatah kata orang putih.
Bukan itu sahaja, bekas PM yang menjadi PM selama 22 tahun sebelim ini, telah bertindak keluar parti dan rajin menulis serta berucap atau berceramah secara terbuka menghentam PM penggantinya itu agar meletakkan jawatan. MP Jerlun yang juga anak kepada bekas PM membuat gesaan yang serupa. MP Gua Musang membawa pendekatan yang lebih demokratik dengan menyatakan hasrat untuk mencabar PM dalam mesyuarat agung selain menyatakan bahawa plan peralihan kuasa PM kepada TPM yang telah diumumkan itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan parti. Justeru beliau menganggapkan peralihan kuasa itu sejajar dengan amalan raja yang menurunkan takhta kepada anakanda baginda. Namun begitu PM masih berdegil dan tidak mahu berundur sebelum Jun, 2010; tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dengan TPM
Soalnya sekarang, bagaimana jika TPM dicalonkan untuk jawatan presiden parti dalam pemilihan Disember ini?. PM akan malu besar kerana ditewaskan oleh timbalannya sendiri. Ini tidak mustahil berlaku kerana rata-rata ahli UMNO mahukan ini berlaku. Mereka yang kuat menyokong PM secara terbuka sekarang hanyalah menteri-menteri kabinet beliau sahaja.
Selain itu PM perlu ingat bahawa jawatan PM adalah menjadi hak mutlak Yang Dipertuan Agung melantiknya. Peristiwa pelantikan MB Terengganu dan Perlis sepatutnya menjadi iktibar.
Harapan BN dalam pilihanraya 13 umpama telur di hujung tanduk. Ini kerana UMNO menghadapi kepupusan sokongan kaum Cina dan India yang sedang menghadapi kekalutan dalaman dalam MCA dan MIC. Selain itu kegagalan dan kepayahan memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak akan menyebabkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak berpindah kepada pembangkang. Kerakusan tindakan menghalau rakyat Filipina akan menyebabkan rakyat Sabah sendiri yang tidak berkad pengenalan berkemungkinan menjadi mangsa. Ini akan menaikkan kemarahan saudara mara yang kehilangan waris yang dihalau kerana kesilapan tidak mempunyai kad pengenalan. Undi untuk BN akan berkurangan di Sabah atas sebab-sebab sebegini.
Siapapun menjadi PM sebelum pilihanraya 13, pembangkang akan tetap mengambilalih pemerintahan Malaysia. Sekiranya DSAI ditakdirkan terkurung semula di penjara, pembangkang tidak menghadapi masalah bersetuju dengan pelantikan isteri DSAI, Dato Seri Wan Azizah, kerana beliau telah muncul sebagai seorang yang kental dan berjiwa juang yang dikagumi sekarang ini.
BN akan menerima nasib malang dalam pilihanraya 13 kerana tabiat sombong dan cakap besar menteri-menterinya menjadikan rakyat semakin mual setiap hari. Mereka bukan sahaja gagal mengatasi beban kenaikan harga barang , malah manambahnya dengan pelbagai masalah baru. Bila rakyat beralih daripada penggunaan kereta kepada penggunaan motosikal, mereka menjadi seronok dan bangga, sedangkan menderita dan rintihan rakyat miskin itu gagal diselami.
Sebahagian besar rakyat bukan ahli mana-mana parti politik. Mereka hanya menunggu pilihanraya 13 untuk menunjukkan kuasa. AWAS!

Friday, July 11, 2008
Ketuanan Melayu
Apakah hasil perjuangan umno selama 50 tahun dalam soal ketuanan Melayu?
Jawabnya:
Jawabnya:
Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Melayu jadi drebar; bukan Melayu jadi bos yang dipandu. Melayu jadi kuli di kedai bukan Melayu. Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia. Sekolah Melayu jadi sekolah kebangsaan. Semua pemimpin gemar bercakap Mat Salleh di TV dan di mana-mana. Tulisan Jawi lenyap hidup segan mati tak mahu. Kuasa raja Melayu hampir termusnah sepenuhnya. Ketuanan Melayu hape ke bende nye? Habuk pun tarak!
Siapa lagi yang boleh di harapkan dalam soal ketuanan Melayu. UMNO? Entah!
Salah Tadbir Lagi.
PM Tahi Minyakland salah tadbir lagi. Disangkanya beliau boleh melantik PM pengganti dan mengumumkan TPMnya sekarang akan dilantik sebagai PM pengganti dalam masa 24 bulan. Beliau tidak serik dengan peristiwa pelantikan 2 orang menteri besar di dua negeri dalam Tahi Minyakland dulu. Rupa-rupanya kuasa PM tidak boleh mengatasi kuasa Tuanku Raja Negara.
Justeru seorang ahli parti PM Tahi Minyakland menyifatkan langkah Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 dan bertanding sebagai Presiden parti merupakan satu langkah yang silap. Katanya jawatan Presiden parti itu ditentukan oleh ahli dari peringkat akar umbi dan tidak wajar bagi PM untuk serahkan kuasa kepada sesiapa pun. Banyak pihak tidak menyedari bahawa Perdana Menteri perlu mendapatkan restu pelbagai pihak terutamanya dari Tuanku Raja Negara.
Sah demokrasi dalam parti PM sudah berkubur. Ketua-ketua ahli dipanggil ke pusat negara supaya mereka menyokong PM dan TPM. Maka bertebaranlah mereka pulang ke daerah masing-masing mempastikan semuanya mencalonkan PM dan TPM. Terlepaslah peluang yang lain-lain mencabar mereka.
Bagaimanapun rakyat tetap mual. Tak sabar-sabar menunggu PRU13 untuk mengajar mereka sekali lagi. Kali ini barang kali ini .............. tertulislah dalam sejarah Tahi Minyakland sebuah episod yang mereka gagal menjangka berlaku.
Atau mungkin, parti PM akan diharamkan sekali lagi jika ada ahli membawa kes sistem kuota dalam pencalonan ke mahkamah. Entah!
Wednesday, July 9, 2008
Dia Tidak Sehebat Mana
Sedutan Kata-kata Shabery Cheek: (Sumber: Agenda Daily)
"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut. "
Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya.
Saya rasa Shabery agak takabur di sini. Tak mudah juga orang Kemasek, Terengganu nih.
Lazimnya MEREKA YANG SUKA MEMPERKECILKAN KEHEBATAN ORANG LAIN AKAN KECUNDANG AKHIRNYA. Saya perhatikan bahawa Anwar amat rendah dan hina di mata menteri-menteri BN yang masih sombong seperti sebelum PRU12. Hati-hati bila bersuara, kerana rakyat tahu siapa yang hendak disokong. Syed Hamid juga gemar mengeluarkan pandangan yang kurang berisi bila menyentuh tentang Anwar. Kebencian sering mengatasi persepsi. Pendapat menjadi celaru. Rakyat tidak keliru tetapi mual. Awas!
Menyentuh tentang debat, saya rasa karisma memainkan peranan penting. Tanpa karisma idea yang bernas pun tidak muncul cemerlang. Saya harap Shabery perlu ada ini untuk diterima ramai. Tak memadai dengan hanya bercakap besar. Maafkan pakcik warga emas ini, Shabery.

Debat.
Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai 2008 anjuran www.Agendadaily.com disiarkan secara langsung oleh TV3. Ia juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.Kemudiannya RTM1 akan buat siaran tertunda. Hanya 200 orang saja diizinkan menonton - 100 orang jemputan penganjur (Dikhuatiri pihak Shabery ramai di sini),50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka.Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.
Saturday, July 5, 2008
Debat Shabery VS Anwar...
Menurut Agenda Daily:
Debat Shabery VS Anwar...
Setakat hari ini, Sabtu Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi beri sebarang jawapan rasmi kepada surat yang dihantar Agendadaily beberapa hari lalu mengundangnya untuk menyertai debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' itu dicadangkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 15 Julai ini dan akan disiarkan secara live menerusi televisyen.Ada juga kalangan pemimpin PKR cuba perkecilkan Ahmad Shabery kata ' siapa dia berbanding Anwar '.Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika ditemui di bangunan Parlimen Selasa lalu kata beliau yakin dengan kemampuan Ahmad Shabery untuk berentap dengan Anwar dalam debat itu.- 5/7/2008
Ulasan: Sebagai warga emas yang tak berapa cerdik ini, saya syorkan debat itu dibuat antara Anwar dan Pak Lah, bukan dengan Shabery Cheek. Kerana sebagai seorang yang dikenali peringkat antara bangsa, beliau perlu ditentang oleh yang dikenali di peringkat dunia macam Pak lah. Shabery Cheek belum dikenali di kalangan negara luar tersuk negara pengeluar minyak dunia. Saya bukan nak perkecil Shabery, tetapi rakyat tidak lagi bodoh seperti 30 atau 40 tahun dahulu. Harap maaf jika saya yang pencen ini terlanjur kata.

Thursday, July 3, 2008
Allah Peliharakan Malaysia.
1. Dakwaan terhadap Ketua Polis Negara adalah serious. Dakwaan terhadap Peguam Negara adalah serious. Siapakah yang akan menentukan bahawa ada kes terhadap mereka? Rakyat tertanya-tanya. Kes Anwar begitu cepat diambil tindakan. Kes ini bagaimana?
2. Dakwaan terhadap keterlibatan Datuk Seri Najib dengan Altantuya juga serious. Siasatlah habis-habisan. Rakyat bukan bodoh untuk mendengar penafian demi penafian. Tindakan sewajar perlu diambil tanpa 'FEAR OR FAVOUR'.
3. PM kata keadaan terkawal. Semuanya terkawal. Apa yang terkawal?

Tuesday, July 1, 2008
Di sini si pencuri ayam dilepaskan; si pengadu pula ditangkap.
Agenda Daily kata: Isteri Timbalan Perdana Menteri PM Datin Seri Rosmah Mansor buat pertama kali ulas pasal akaun bersumpah pengendali laman Malaysia Today ,Raja Petra kamaruddin dakwa beliau ada dilokasi pembunuhan Altantuya.Katanya pada para wartawan lepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini beliau tak ada kena mengena dengan pembunuhan itu. "Orang yang tidak bersalah tak perlu takut apa-apa. Saya tidak ada apa nak kata lagi dan saya sudah beri keterangan pada polis.Saya bukan ahli politik dan saya tak bertanding jawatan. Saya cuma isteri seorang ahli politik,"katanya.
PM Tahi Minyakland Kata dia tidak percaya Timbalan dan isterinya terlibat dalam perkara seperti itu dan yakin percaya bahawa tuduhan itu palsu. (Kesimpilan: Sudah didapati tidak bersalah).
Bila wartawan bertanya mengenai tuduhan liwat beliau menyatakan menjadi tugas polis untuk menyiasat kononnya berasaskan perinsip seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. (Kesimpulan: Sudah didapati bersalah)
Inilah cara pemerintahan di Tahi Minyakland. Contohnya rakyat tidak diberikan pilihan langsung dalam soal kenaikan harga minyak. Rakyat di negeri-negeri yang tak ada stesyen gas NGV terkial-kial mencari alternatif. Nak pasang dan bertukar kepada gas tak dapat kerana tidak wujudnya stesyen gas NGV. Sepatutnya, kerajaan kenalahlah sediakan tempat mengisi gas di semua negeri dan daerah dulu sebelum mengistiharkan kenaikan harga minyak. Barulah senang rakyat membuat pilihan. Ini tidak ada pilihan langsung! Inikah yang dinamakan berasaskan rakyat? Bila orang bercakap tentang good governance, kitapun turut bercakap juga, tetapi habuk pun tarak.
Sunday, June 29, 2008
Akan Pulang Jika keselamatan Diri Dijamin
Mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis beliau terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Beliau dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.
Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, beliau akan segera pulang.
Meskipun layanan di Kedutaan Turki agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Datin Seri wan Azizah dan anak-anak dibenar menziarah beliau.
Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada beliau sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, beliau akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.
Sumber: http://anwaribrahimblog.com/

Cut & Paste daripada Malaysia Today
Cut & Paste daripada
Sumber: Malaysia Today
Saiful Bukhari Azlan: the mole in Anwar Ibrahim's office
Posted by Super Admin
Sunday, 29 June 2008
The following photographs were sent to us on 12th March 2008, soon after the 12th General Election. After it became known that he is a mole planted in Anwar Ibrahim's office, the trap was laid to turn the hunter into the hunted. And, true to form, the hunter laid his trap only to walk into it himself, with devastating results.

Bergambar dengan Mustapha Mohamad (Menteri Pengajian Tinggi)

Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak)

Friday, June 27, 2008
Ramai Sungguh Si penipu!
FROM: TAN WONG
(tanwong47@live.com)
Let me start by introducing myself. I am Mr.Tan Wong director of operations of the Hang Seng Bank Ltd. I have an obscured business suggestion for you. Before the U.S and Iraqi war our client Major c who was with the Iraq forces and also business man made a numbered fixed deposit for 1 calendar months, with a value of Twenty Four millions Five Hundred Thousand United State Dollars only in my branch. Upon maturity several notice was sent to him, even during the war . Again after the war another notification was sent and still no response came from him.We later found out that the Major and his family had been killed during the war in bomb blast that hit their home. After further investigation it was also discovered that Major Fadi Basem did not declare any next of kin in his official papers including the paper work of his bank deposit. And he also confided in me the last time he was at my office that no one except me knew of his deposit in my bank.So, Twenty Four millions Five Hundred Thousand United State Dollar($24,500,000,00) is still lying in my bank and no one will ever come forward to claim it. What bothers me most is that according to the laws of my country at the expiration 7years the funds will revert to the ownership of the Hong Kong Government if nobody applies to claim the funds. Against this backdrop, my suggestion to you is that I will like you as a foreigner to stand as the next of kin to Major Fadi Basem so that you will be able to receive his funds.
WHAT IS TO BE DONE: I want you to know that I have had everything planned out so that we shall come out successful. I will contact my attorney to prepare the necessary document that will back you up as the next of kin to Major Fadi Basem ,all that is required from you at this stage is for you to provide me with your Full Names and Address so that the attorney can commence his job.After you have been made the next of kin, the attorney will also file in for claims on your behalf and secure the necessary approval and letter of probate in your favor for the move of the funds to an account that will be provided by you.There is no risk involved at all in the matter as we are going to adopt a legalized method and the attorney will prepare all the necessary documents. Please endeavor to observe utmost discretion in all matters concerning this issue.Once the fund have been transferred to your nominated bank account we shall share in the ratio of 65% for me, 30% for you and 5% will be use to pay back any partner at the ending of the transfer for any money spent in the process of the transfer. Should you be interested please send me your fullnames and current residential address and I will prefer you to reach me on this email address(tanwong47@live.com) which is my private email address and finallyafter that i shall provide you with more details of this operation. Your earliest response to this letter will be appreciated.
Kind Regards,
Mr. Tan Wong.

Kena Lagi Di Sini. Percayakah?
Mis à jour:
Mr Kelly Toma
Par votre hôte:
Kelly Toma
Message:
BY YOUR HOST Mr Kelly TomaDEAR PARTNER, I HAVE A BUSINESS TRANSACTION OPPORTUNITY FOR THE BETTERMENT OF THE BOTH FAMILIES.MY NAME IS Mr Kelly Toma AN AUDIT DIRECTOR WITH BANK OF AFRICA BURKINAFASO.I DISCOVERED AN ABANDONED FUND WORTH OF $18000.000.00)MILLION DOLLARS.THE CLAIMS IS 100% RISK FREE .I NEED A HONEST FOREIGN PARTNER THAT WE CAN BOTH DO THIS TRANSACTION TOGETHER .FOR MORE CLEARIFICATION REPLY ME BACK FOR MORE DETAILS.THANKSMr Kelly Toma
Date:
mardi 24 juin 2008
Heure:
17 h 00 - 18 h 00 (GMT+00:00)
Viendrez-vous ?
Répondre à cette invitation mise à jour

Saya dah beratus kali terima ini tanpa melayaninya
TAK TAHULAH, KALAU ANDA PERCAYA HANTARKANLAH BUTIR DIRI ANDA BAGI PIHAK SAYA.
Yahoo / Microsoft Incorporation.
Baley House, Har Road,Sutton, Greater London SM1 4te,
United Kingdom.
Dear Sir/Madam.
This is to inform you that you have won a prize money of Five hundredthousand,Great Britain Pound Sterlings(£500,000.00)for the month ofJUNE 2008 Lottery promotion, which is organized by YAHOO/MICROSOFTLOTTERY INC & WINDOWS LIVE.YAHOO/MSN & MICROSOFT WINDOWS,collects all the email addresses ofthepeople that are active online,among the millions that subscribed toYahoo and Hotmail we only select five people every Month as ourwinners through electronic balloting System without the winnerapplying,we congratulate you for being one of the people selected.You are to contact the events manager on or before your date ofClaim,Winners Shall be paid in accordance with his/her SettlementCentre.
These are your identification numbers:
Batch number.....................YM 09102XN
Reff number.......................YM35447XN
Winning number...................YM09788
These numbers fall within your Location file, you are requested tocontact the events manager,send your winning identification numbers tohim,to enable him verify your claims.
How ever you will have to filland submit this form to the events manager for verification &directionon how you can claim your winning fund.
1. Full name..............
2. Contact Address........
3. Age....................
4. Telephone Number.......
5. Marital Status.........
6. Sex....................
7. Zip Code...............
8. Occupation.............
9. Company................
10.State:.................
11.Country................
12.Nationality............
14. Reference and Batch number:(CONTACT EVENTS MANAGER)
Name: Mr.Melvin JohnE-mail: melvin.john.0007@live.com
Thank you and Accept my hearty congratulations once again!
Yours faithfully,
Mrs.Gloria Bent
(Yahoo/Msn Lottery Games/Lottery Coordinator).
Tidak Cukup Pencalonan
Ketua Besar parti tahi minyak dijangka tidak akan mendapat cukup pencalonan merebut jawatan ketua besar parti. Ini kerana bahagian parti akan mencalonkan Timbalan Ketua sekarang sebagai ketua besar dan seorang lagi menteri kanan untuk jawatan timbalan. Parti tahi minyak memang penuh dengan mereka yang suka khianat mengkhianati antara mereka. Mereka akhirnya akan merobek parti sendiri hingga tersungkur. Parti yang penuh bergelumang dengan rasuah menunggu masa untuk lebur. Parti kueh tiaw dan parti capati juga akan turut berkubur macam parti tahi minyak juga. Ini cuma ramalan. Bagaimanapun ramalan ini akan jadi kenyataan kerana dalam parti tahi minyak serta dua parti lagi itu tidak wujud cahaya kecemerlangan. Pakej yang berlandaskan perkauman tidak boleh bawa kita ke mana-mana. Selamat jalan parti tahi minyak.
Wednesday, June 25, 2008
Ezam Sedang Rancak Mempromosi Parti Tahi Minyak Dengan Cara Mengumpat
Tahi minyak asalnya dari santan. Santan dari kelapa. Kelapa dari pokoknya. Pokoknya dari bumi. Bumi dari mana? Kerana mereka mengamalkan agama tahi minyak dan meminggirkan agama asal, mereka gagal mengetahui bumi dari mana.
Politik tahi minyak diamalkan oleh parti tahi minyak. Parti tahi minyak sentiasa hangit merosakkan bangsa sendiri. Parti tahi minyak kini tersepit di semenanjung dan sedang menyembah tahi minyak di Sabah. Tahi minyak di Sabah dapat apa saja mereka mahu. Tahi minyak di semenanjung akan pupus dalam pilihanraya 13. Mari kita tonton bersama.
Tahi minyak akan terus dibiarkan di kuali dan akhirnya dibuang ke longkang setelah minyaknya diambil untuk berbagai kegunaan.
Saturday, June 21, 2008
Peralihan Kuasa PM; Suatu Kesilapan.
Perdana Menteri memilih penggantinya dan bila tiba masanya pengganti itu mengambil alih kuasa dan menjadi Perdana Menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri Terdahulu. Ia nampak teratur dan diterima ramai. Soalnya adakah cara ini betul dalam sebuah negara demokrasi yang mengutamakan suara majoriti sebagai asas sistem. Sistem demokrasi juga menggunakan kaedah pengundian sebagai cara memilih yang disyaratkan. Jika PM memilih penggantinya, tidakkah ia cara yang bertentangan dengan sistem demokrasi? Apa kata kumpulan majoriti? Tidakkah memilih PM itu menjadi hak majoriti? Mengapakah cara menentukan pengganti oleh PM yang berkuasa dibenarkan dalam sisitem demokrasi?
Selain itu, di sesebuah negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan, rajalah berkuasa mengikut perlembagaan melantik PM. Jika itulah hakikatnya, tidakkah kerja melantik penggantinya sendiri oleh PM itu dianggap menderhaka kepada raja kerana amalan demikain secara langsung mengambil alih tugas raja?
Majoriti mungkin tidak bersetuju dengan pilihan PM, tetapi takut untuk bersuara. Bagaimanapun, sekiranya Raja tidak bersetuju dengan pilihan PM, tuanku mungkin akan milih orang lain untuk dilantik sebagai PM. Ini telahpun berlaku dalam sebuah negara di mana dua orang Ketua Menteri di dua wilayah kecil negara telah dilantik oleh raja wilayah itu dengan mengetepikan pilihan PM. Apa yang berlaku tidak berani dicabar oleh sesiapa kerana ia mengikut perlembagaan.
Kumpulan majoriti tidak boleh terus menerus ditipu oleh mereka yangberkuasa, kerana kumpulan majoriti sudah mulai sedar dan kuasa majoriti akan digunakan dalam pilihan parti dan pilihan raya. Pemerintah yang enggan sedar atau bodoh sombong berterusan akan bertemu buku dengan ruas akhirnya. Jangan jadi lembu kenyang yang terbaring bergerak-gerak mulut mengunyah angin kerana terlalu kenyang serta di sepakpun ia tak bergerak. Apa lagi kalau disuruh lari, takkan mahu dia berganjak. Renung-renungkan.

Thursday, June 19, 2008
Rawatan Sebagai Pesakit Luar
Pusat Kesihatan (Pesakit Luar), Kuala Terengganu
Hari ini (19/06/2008) saya ke hospital menerima rawatan sebagai pesakit luar. Mendaftar pada pukul 11.05 pagi, menunggu untuk berjumpa doktor di bilik 5 dan mengambil ubat di tempat mengambil ubat memakan masa 2 jam, kerana selesai terima ubat pada pukul 01.05 tengah hari. Ini merupakan lawatan terpanjang dan memecah rekod. Semoga semua pesakit tidak lagi perlu menunggu begitu lama pada masa hadapan, kerana ia menyiksakan.
Sunday, June 15, 2008
Cakap Orang Putih
Cakap orang putih ini tak begitu nampak bertujuan untuk menunjuk sesorang itu dapat menguasai bahasa inggeris sebelum merdeka dulu kerana rata-rata orang suka bernahasa inggeris kerana kita di bawah penjajah inggeris. Kita menyambut hari pertabalan queen dan kita memakai lencana bergambar queen. Tetapi, hari ini mengapa terlalu ramai orang suka berlagak pandai berbahasa inggris walaupun pendengarnya adalah orang tempatan yang 100% berbahasa melayu? Kadang-kadang kita naik muak melihat kelagat pemimpin keci dan besar yang terlalu gemar bertutur dalam bahasa mat salleh dalam berita di tv. Kasihan makcik2 dan pakcik2 yang di kampung itu ternganga mulut mendengarnya tanpa faham. Kalay di london lainlah. Ini tidak, di kampung sendiri nak berlagak. Presiden Iran, di manapun berada berucap dalam bahasa iran. Kita sendiri di arab saudipun bercakap orang putih. Fikir2kan......
Tandas Awam Batu 6, Kuala Terengganu

Tandas ini telah sekian lama siap diperbaiki, tetapi malang tetap berkunci dan tidak dibuka untuk kegunaan umum. Penduduk dan pengunjung pekan Batu 6 tertanya-tanya mengapa. Diharap pihak Majlis Bandaraya akan berbuat sesuatu agar tandas itu dapat berfungsi semula untuk kemudahan orang ramai yang sentiasa sesak di Pekan Batu 6.
Wednesday, June 11, 2008
Rare Insects.
Those of u who know about them are welcome to tell us more.
Location: Kuala Terengganu, Malaysia.
Monday, June 9, 2008
Mahal Tapi Dianggap Bukan Kereta Mewah
Friday, June 6, 2008
Merbah Jambul - Day 15
Sunday, June 1, 2008
Stadium Kemegahan Rakyat Terengganu
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri dan semua yang terlibat kerana berjaya menyiapkan stadium yang tersergam indah di kompleks sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk kejohanan SUKMA Ke-12 yang bermula pada 31-05-2008.
Anak Burung Merbah Jambul - Day 10
Burung Merbah Jambul = Bahasa Melayu
Red-Whiskered Bulbul = English.
Boleh di dapati di Selatan India, Asia Tenggara, Bangladesh , Burma, Thailand, Malaysia dan Indochina birds Jantan dan betina akan bergilir-gilir mengeram telor sehingga 2 minggu setelah menetas. Apabila anak burung sudah tetas, tiada bulu dan mata sentiasa tutup. Merbah jantan/betina akan memberi makan ulat dan serangga sehingga anak-anak nya sudah kuat untuk meninggalkan sarang.
(bahasa Inggeris: Hook-billed Butbul) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Setornis criniger)
Friday, May 30, 2008
Wednesday, May 28, 2008
"Ngobok Jambul" - Day 5
Day 5: 7:22:10 AM 28/05/2008
Photo By: Omargodor; Location: Kuala Terengganu, Malaysia; Phone 012-9588500
Monday, May 26, 2008
Saturday, May 24, 2008
Wednesday, May 21, 2008
Tunggul Mati Berair dan Berbunga

Tuesday, May 20, 2008
Insect
Insect
Caterpillar
Moss
MOSS
1. any tiny, leafy-stemmed, flowerless plant of the class Musci, reproducing by spores and growing in tufts, sods, or mats on moist ground, tree trunks, rocks, etc.
2. a growth of such plants.
3. any of various similar plants, as Iceland moss or club moss.
4. Chiefly Scot. and North England. a swamp or bog. –verb (used with object)
5. to cover with a growth of moss: to moss a crumbling wall.

(Picture greatly enlarged. Location: Terengganu, Malaysia)
Dictionary.com Unabridged (v 1.1)Based on the Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006.
Dictionary.com Unabridged (v 1.1)Based on the Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006.
I found out that much. Can you tell us more? Please comment.
Insects:
Subscribe to:
Posts (Atom)