Saturday, July 5, 2008

Debat Shabery VS Anwar...

Menurut Agenda Daily:
Debat Shabery VS Anwar...

Setakat hari ini, Sabtu Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi beri sebarang jawapan rasmi kepada surat yang dihantar Agendadaily beberapa hari lalu mengundangnya untuk menyertai debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' itu dicadangkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 15 Julai ini dan akan disiarkan secara live menerusi televisyen.Ada juga kalangan pemimpin PKR cuba perkecilkan Ahmad Shabery kata ' siapa dia berbanding Anwar '.Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika ditemui di bangunan Parlimen Selasa lalu kata beliau yakin dengan kemampuan Ahmad Shabery untuk berentap dengan Anwar dalam debat itu.- 5/7/2008

Ulasan: Sebagai warga emas yang tak berapa cerdik ini, saya syorkan debat itu dibuat antara Anwar dan Pak Lah, bukan dengan Shabery Cheek. Kerana sebagai seorang yang dikenali peringkat antara bangsa, beliau perlu ditentang oleh yang dikenali di peringkat dunia macam Pak lah. Shabery Cheek belum dikenali di kalangan negara luar tersuk negara pengeluar minyak dunia. Saya bukan nak perkecil Shabery, tetapi rakyat tidak lagi bodoh seperti 30 atau 40 tahun dahulu. Harap maaf jika saya yang pencen ini terlanjur kata.

1 comment:

Anonymous said...

Jika kain panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Sebelum debat Shabery membuat kenyataan yang beliau hendak membuktikan bahawa Anwar tidak sehebat mana. Saya yakin Shabery perasan dan menyangka bahawa dirinya sendiri hebat. Malangnya pada malam debat ternyata Shaberi menggali lubang sendiri untuk membunuh diri. Beliau merapu dan bercakap tanpa fakta kukuh serta mengelak daripada menjawab soalan yang ditanya. Manakala Anwar pula tenang, berkarisma dan hujahnya tegas dan meyakinkan. Shabery kalah di mata rakyat yang menonton debat. Alhamdulillah.