Monday, August 18, 2008

Ribut Di Pasar Malam



Saya ke pasar malam bersama isteri kira-kira pukul 6 petang untuk mendapatkan sedikit keperluan. Saya memberhentikan kereta tidak jauh dari gerai penjual ayam goreng. Waktu itu keadaan agak redup kerana hampir hujan. Secara tiba-tiba ribut yang kuat dengan angin yang kencang telah melanda kawasan pasar malam. Saya memerhatinya dari dalam kereta ketika menunggu isteri yang berbeli belah bersendirin.

Pemilik gerai ayam goreng cemas dan bergantung pada tiang atap khemah yang memayungi gerinya dengan dibantu oleh tiga orang pekerjanya, seorang perempuan dan dua lelaki. Kehemat itu kelitahan terangkat-angkat ditiup ribut. Debu dan sampah berterbangan bersama angin yang kencang. Hujan masih belum turun; Cuma angin ribut sahaja. Ayam yang masih digoreng dalam periuk tidak sempat diberi perhatian kerana khemah yang dipegang mungkin terbang jika dilepaskan. Khemah itu kemudian direndahkan tiangnya untuk mengurangkan tekanan tiupan angin. Saya memeratinya.

Wajah pemilik gerai hampa kerana ayam goreng yang belum dijual telah diselaputi debu dan pasir. Hujan sudah mula turun. Berpuluh-puluh gerai lain menghadapi masalah yang serupa. Penjual kain dan pakaian telahpun menyimpan semula kain dan pakaian hendak dijual ke dalam kenderaan mereka. Penjualah untuk malam itu dibatalkan. Saya yang memerahinya juga hampa. Isteri juga telah kembali ke kereta dan saya beredar meninggalkan pasar malam dengan apa yang saya perhatikan itu ikut pulang bersama saya. Tak tahulah apa yang terjadi selepas itu. Tentu ada yang tidak sempat menyimpan semula hasil jualan mereka hingga menjadikan barang jualan mereka rosak. Tentu menyiksakan jika seorang penjual mee ketika itu sedang mengoreng sekuali besar mee. Ah! Kasihan.

Di Kuala Terengganu terdapat pasar magrib di Jalan Pasir Panjang. Tempatnya beratap kerana ditempatkan dalam bangunan pasar yang di bumbung nya ada tempat letak kereta. Tentu agak janggal jika ada cadangan supaya pasar-pasar malam diatapkan. Barangkali ada yang terus membangkangnya dengan berbagai alasan. Bagaimanapun, tentulah lebih berfaedah jikan kita luang masa berfikir untuk mengatasi masalah peniaga pasar malam yang rata-rata berisiko tinggi dari segi kerugian kerana ribut dan hujan yang datang tiba-tiba begitu. Saya rasa pasar malam tidak memerlukan bangunan kekal; memadailah dengan bangunan berstruktur besi yang luas. Selain itu, ia perlu diletakkan di tepat kekal, tidak seperti sekarang di mana tempatnya di kawasan-kawasan perumahan atau di tepi jalan besar sahaja. Mungkin ini menimbulkan masalah. Bagaimanapun jika ada kemahuan, tentu ada jalan. Fikir-fikirkanlah. Penghulu, JKKK, wakil rakyat dan Majlis Daerah tentu berupaya mengatasi masalah ini, jika ada kemahuan yang tinggi. Apa gunanya kita memikirkan projek besar semata-mata dengan mengetepikan projek akar umbi yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang jelata. Ingat bahawa wakil rakkyat tidak diundi untuk menjadi bos rakyat, melainkan sebenarnya mereka adalah menjadi ‘kuli’ rakyat. Mereka perlu mengikut kehendak rakyat. Insaflah!

No comments: