Saturday, August 16, 2008

Lee Chong Wei dan UiTM

Lee Chong Wei menjadi hero setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama. Semuanya bersatu mahukan Chong Wei menang ketika menentang pemain Korea, Lee Hyun-il dalam perlawanan separuh akhir dalam Olympik Beijing 2008. Barang kali ada juga rakyat Malaysia yang beragam Islam mendoakan kemenangan buat Chong Wei ketika permainan sedang berlangsung. Saya sendiri berbuat demikian. Alhamdulillah, Chong Wei menang. Beliau terus meluru ke arah Misbun melompat dan memeluknya erat kelihatan seolah-olah Misbun sedang mendukungnya. Inilah cermin, cermin kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia; tiada kebencian, tiada syak wasangka sangka. Semuanya jujur dan ikhlas. Orang Cina dan Melayu boleh berpelukan dan menerima kewujudan masing-masing tanpa sempadan benci. Itulah Malaysia. Jika Chong Wei ingin melanjutkan pelajaran di UiTM tentu beliau akan diterima sebagai saudara senagara yang dikasihi.

Malangnya, terdapat sekelompok Melayu yang kononnya bertanggungjawab menjaga hak kemelayuan mereka, yang menentang keras kemasukan bukan Melayu ke UiTM. Inikah yang dikatakan bukan perkauman? Inikah ciri-ciri memupuk perpaduan. Sia sia sahaja usaha menteri wanita yang akan menganjurkan larian perpaduan bermula di Dataran merdeka Ahad ini, kerana kelompok Melayu UiTM bikin tak serupa cakap. Sampai bila pun tak akan wujud perpaduan jika sikap perkauman di kalangan parti Cina, Melayu dan India tidak berubah dasar dan sikap. Di luar mahukan perpaduan manakala di dalam penuh dengan semangat perkauman yang tebal dan mendalam.

No comments: