Monday, August 18, 2008

Ribut Di Pasar Malam



Saya ke pasar malam bersama isteri kira-kira pukul 6 petang untuk mendapatkan sedikit keperluan. Saya memberhentikan kereta tidak jauh dari gerai penjual ayam goreng. Waktu itu keadaan agak redup kerana hampir hujan. Secara tiba-tiba ribut yang kuat dengan angin yang kencang telah melanda kawasan pasar malam. Saya memerhatinya dari dalam kereta ketika menunggu isteri yang berbeli belah bersendirin.

Pemilik gerai ayam goreng cemas dan bergantung pada tiang atap khemah yang memayungi gerinya dengan dibantu oleh tiga orang pekerjanya, seorang perempuan dan dua lelaki. Kehemat itu kelitahan terangkat-angkat ditiup ribut. Debu dan sampah berterbangan bersama angin yang kencang. Hujan masih belum turun; Cuma angin ribut sahaja. Ayam yang masih digoreng dalam periuk tidak sempat diberi perhatian kerana khemah yang dipegang mungkin terbang jika dilepaskan. Khemah itu kemudian direndahkan tiangnya untuk mengurangkan tekanan tiupan angin. Saya memeratinya.

Wajah pemilik gerai hampa kerana ayam goreng yang belum dijual telah diselaputi debu dan pasir. Hujan sudah mula turun. Berpuluh-puluh gerai lain menghadapi masalah yang serupa. Penjual kain dan pakaian telahpun menyimpan semula kain dan pakaian hendak dijual ke dalam kenderaan mereka. Penjualah untuk malam itu dibatalkan. Saya yang memerahinya juga hampa. Isteri juga telah kembali ke kereta dan saya beredar meninggalkan pasar malam dengan apa yang saya perhatikan itu ikut pulang bersama saya. Tak tahulah apa yang terjadi selepas itu. Tentu ada yang tidak sempat menyimpan semula hasil jualan mereka hingga menjadikan barang jualan mereka rosak. Tentu menyiksakan jika seorang penjual mee ketika itu sedang mengoreng sekuali besar mee. Ah! Kasihan.

Di Kuala Terengganu terdapat pasar magrib di Jalan Pasir Panjang. Tempatnya beratap kerana ditempatkan dalam bangunan pasar yang di bumbung nya ada tempat letak kereta. Tentu agak janggal jika ada cadangan supaya pasar-pasar malam diatapkan. Barangkali ada yang terus membangkangnya dengan berbagai alasan. Bagaimanapun, tentulah lebih berfaedah jikan kita luang masa berfikir untuk mengatasi masalah peniaga pasar malam yang rata-rata berisiko tinggi dari segi kerugian kerana ribut dan hujan yang datang tiba-tiba begitu. Saya rasa pasar malam tidak memerlukan bangunan kekal; memadailah dengan bangunan berstruktur besi yang luas. Selain itu, ia perlu diletakkan di tepat kekal, tidak seperti sekarang di mana tempatnya di kawasan-kawasan perumahan atau di tepi jalan besar sahaja. Mungkin ini menimbulkan masalah. Bagaimanapun jika ada kemahuan, tentu ada jalan. Fikir-fikirkanlah. Penghulu, JKKK, wakil rakyat dan Majlis Daerah tentu berupaya mengatasi masalah ini, jika ada kemahuan yang tinggi. Apa gunanya kita memikirkan projek besar semata-mata dengan mengetepikan projek akar umbi yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat yang jelata. Ingat bahawa wakil rakkyat tidak diundi untuk menjadi bos rakyat, melainkan sebenarnya mereka adalah menjadi ‘kuli’ rakyat. Mereka perlu mengikut kehendak rakyat. Insaflah!

Sunday, August 17, 2008

Lee Chong Wei Kalah Kepada Lin Dan

Tahu mengapa Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan merebut emas di Beijing? ......... Kerana beliau tertekan setelah dapat tahu bahawa beliau tak mungkin dapat masuk "belajar" di UiTM kerana dasar UiTM yang tidak menerima kemasukan rakyat Malaysia berketurunan Cina. Beliau "kesal" dan "hilang tumpuan" kerana status beliau tidak setaraf dengan mereka yang layak masuk, walaupun beliau sendiri amat diminati di kampus UiTM. Malaysia O Malaysia! Ape ke dasar nih?

Saturday, August 16, 2008

Lee Chong Wei dan UiTM

Lee Chong Wei menjadi hero setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama. Semuanya bersatu mahukan Chong Wei menang ketika menentang pemain Korea, Lee Hyun-il dalam perlawanan separuh akhir dalam Olympik Beijing 2008. Barang kali ada juga rakyat Malaysia yang beragam Islam mendoakan kemenangan buat Chong Wei ketika permainan sedang berlangsung. Saya sendiri berbuat demikian. Alhamdulillah, Chong Wei menang. Beliau terus meluru ke arah Misbun melompat dan memeluknya erat kelihatan seolah-olah Misbun sedang mendukungnya. Inilah cermin, cermin kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia; tiada kebencian, tiada syak wasangka sangka. Semuanya jujur dan ikhlas. Orang Cina dan Melayu boleh berpelukan dan menerima kewujudan masing-masing tanpa sempadan benci. Itulah Malaysia. Jika Chong Wei ingin melanjutkan pelajaran di UiTM tentu beliau akan diterima sebagai saudara senagara yang dikasihi.

Malangnya, terdapat sekelompok Melayu yang kononnya bertanggungjawab menjaga hak kemelayuan mereka, yang menentang keras kemasukan bukan Melayu ke UiTM. Inikah yang dikatakan bukan perkauman? Inikah ciri-ciri memupuk perpaduan. Sia sia sahaja usaha menteri wanita yang akan menganjurkan larian perpaduan bermula di Dataran merdeka Ahad ini, kerana kelompok Melayu UiTM bikin tak serupa cakap. Sampai bila pun tak akan wujud perpaduan jika sikap perkauman di kalangan parti Cina, Melayu dan India tidak berubah dasar dan sikap. Di luar mahukan perpaduan manakala di dalam penuh dengan semangat perkauman yang tebal dan mendalam.

Tuesday, August 12, 2008

Hard To Understand

We have been preaching to the rakyat about the need to live harmoniously together in this beloved country, Malaysia. But, at the same time we fail to stop the urge to just think of ourselves as Malays and do whatever we want our own way and keep forgeting the other races as Malaysians. Kita terlalu bangga dengan ketuanan Melayu, sedangkan ia cuma sekadar gah dalam sebutan sahaja. Kita cemburu bila kaum lain mahu memasuki universiti kaum kita. Tetapi, kita tidak cemburu bila orang lain cemerlang dalam Bahasa Inggeris atau berjaya dalam bermacam bidang kemahiran dan kejayaan.

Kita berpada-pada dengan kerja kuli dan pembantu dalam semua bidang. Orang lain jadi bos kerana mereka pandai. Kita cuma gila dipanggil tuan sedangkan pada hakikatnya kita tuan yang mahukan ketuanan pada nama semata-mata. That is why we have to think and rethink about this once and for all. Kita terimalah hakikat bahawa Islam tidak mengajar kita supaya mengagungkan bangsa kita semata-mata sehingga kita tersasar dan menganggap kaum lain sebagai tidak diterima Islam. sedangkan Islam adalah untuk semua umat, tidak kira dari kaum atau bangsa mana pun.

So, marilah kita kembali ke cara Islam dan hidup aman damai dengan semua kaum di negara tercinta ini. Sejak bila orang Melayu boleh hidup tanpa orang Cina atau India dan vice versa. Sedarlah dan terimalah hakikat. Insya'Allah itulah jalan terbaik. Lupakanlah unsur-unsur perkauman yang boleh melemahkan kita sebagai Malaysians. Parti-parti perkauman adalah sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Hentikanlah kerja menipu orang-orang kampung dalam hal-hal parti perkauman sebegini. 30 tahun dulu memang ya, tetapi sekarang tidak lagi. Bebaskan diri kita dari amalan penuh kebencian.

Di MRSM dah ada pelajar Bukan Melayu. Apa salahnya jika di UiTM mereka juga diterima. Ia untuk kebaikan. Insya'Allah dengan cara itu kita akan jadi lebih pandai; sama pandai dan maju; tidak hanya memadai sebagai drebar atau askar sahaja. Kita berlawan secara sihat dan mengatasi kaum lain secara mesra dan bertamadun.

Sunday, August 10, 2008

Rasuah Politik atau Politik Wang

Saya bersimpati dengan YB Menteri dari Johor yang bercakap mengenai politik wang dalam parti yang dianggotainya ketika di Kota Bahru. Ini kerana amalan ini telah menjadi begitu parah dan sukar untuk diubati. Parti ini telah menjadi begitu kucarkacir dan para pemimpin tertingginya dilihat sebagai telah gagal untuk mengawal keadaan akibat daripada hilangnya kepercayaan ahli terhadap mereka. Nasihat dan larangan pemimpin telah tidak dipedulikan oleh ahli-ahli.

Rasuah politik dalam parti ini bolehlah dianggap sebagai sebotol budu atau cincaluk di mana bilis dalam budu dan udang dalam cincaluk sudah tidak boleh dibuang lagi. Tanpa bilis dan udang sebagai bahan utama budu dan cincaluk, budu atau cincaluk sudah tidak sedap lagi untuk dimakan. Cara yang terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan membuang sahaja botol budu atau cincaluk itu dan ambillah tempoyak atau belacan sebagai ganti ketika inginkan perencah untuk menjadikan suasana makan nasi lebih menyelera. Dengan cara itu rasuah politik dapat dielakkan kerana dalam belacan atau tempoyak atau mungkin juga kicap, tidak ada budaya politik wang. Politik wang hanya terdapat dalam parti yang dianggotai oleh YB Menteri tersebut.


Harap maaf kerana mempunyai idea yang agak songsang ini. Parti lain Alhamdulillah demokratik dan tidak dicemari politik wang kerana mereka anti rasuah.

Monday, August 4, 2008

Sumber Daripada Harakah Daily


Ahli-ahli Umno di Dataran Merdeka esok lapor rasuah PM

Abdul Aziz Mustafa Mon Aug 04, 08 7:33:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".
Iklan

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.
Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.

"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.
"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya._

TV, Radio dan Akhbar

Seperti biasa TV, radio dan akhbar pro BN balik ke amalan sebelum piliharanraya 12. Setiap berita mengenai DSAI akan disertai dengan ulasan-ulasan yang memualkan. Pelaporan berat sebelah menjadi asam garam mereka. Jika amalan ini diteruskan, hasil pilihanraya kecil Permatang Pauh tentu akan akan lebih mengecewakan BN. Mereka masih belum insaf bahawa penyiaran yang berat sebaleh membawa padah. Rakyat Malaysia telah buka mata sementara TV, radio dan akhbar mereka masih dalam kegelapan sedang mereka masih lena tidur. Insaflah! Jangan jadi bodoh. Hentikan penyiaran yang berat sebelah. Rakyat bukan bodoh. Bila menyiarkan berita, jangan ulas; cukuplah dengan bahan berita semata-mata. Biar pendengar atau pembaca yang ulas mengikut persepsi mereka sendiri. Dengan cara itu kemarahan mereka boleh diturunkan.

Saturday, August 2, 2008

UMNO Gagal Sebagai Parti Contoh

Rafidah akui terdapat politik wang dalam partinya.

Rakyat tidak terperanjat mendengarnya kerana memang telah diketahui umum bahawa dalam negara ini parti beliau jaguh dalam politik wang yang kini dipanggil rasuah politik. Kekecuhan berlaku dalam setiap peringkat , dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Mana ada parti politik lain yang paling kecoh dalam proses memilih pemimpin. UMNO adalah juara. Selain itu mereka perasan dan tidak sedar diri. Mereka mempelekeh parti lain sedangkan urusan rumahtangga sendiri kucar kacir. Budaya ini dikongsi oleh rakan kongsi mereka MCA dan MIC; berbalah sesama sendiri.
Lihatlah DAP dan PAS. Mereka tidak bertelagah dalam urusan memilih pemimpin. Jadi, jangan mimpilah nak mengajar parti lain. Tidak ada apa yang nak dijadikan contoh. Semuanya buruk belaka dalam UMNO, MCA dan MIC. Dan, yang penting rakyat semua sedia maklum akan kelemahan ini. Takkanlah mereka nak undi mereka dalam pilihanraya kelak. Good-bye UMNO.