Sunday, June 15, 2008

Cakap Orang Putih

Cakap orang putih ini tak begitu nampak bertujuan untuk menunjuk sesorang itu dapat menguasai bahasa inggeris sebelum merdeka dulu kerana rata-rata orang suka bernahasa inggeris kerana kita di bawah penjajah inggeris. Kita menyambut hari pertabalan queen dan kita memakai lencana bergambar queen. Tetapi, hari ini mengapa terlalu ramai orang suka berlagak pandai berbahasa inggris walaupun pendengarnya adalah orang tempatan yang 100% berbahasa melayu? Kadang-kadang kita naik muak melihat kelagat pemimpin keci dan besar yang terlalu gemar bertutur dalam bahasa mat salleh dalam berita di tv. Kasihan makcik2 dan pakcik2 yang di kampung itu ternganga mulut mendengarnya tanpa faham. Kalay di london lainlah. Ini tidak, di kampung sendiri nak berlagak. Presiden Iran, di manapun berada berucap dalam bahasa iran. Kita sendiri di arab saudipun bercakap orang putih. Fikir2kan......

No comments: