Thursday, July 31, 2008

Lemah Dalam Penjagaan


Melihat pasu-pasu gergasi di perkarangan stadium yang tersergam indah di Gong Badak menimbulkan tanda tanya samada kenyataan bahawa orang kita lemah dalam penjagaan, cuma ghairah untuk membina sesuatu yang tersergam baru dah mahal hingga beratus juta nilainya, tetapi gagal menjaganya dengan baik secara berterusan. Ini kerana semua pokok yang ditanam dalam pasu besar itu telah dibiarkan kering dan mati. Inikah yang namakan budaya bagi mereka yang melaungkan ketuanan Melayu. Orang bangla berduyung-duyung menuju ke tempat kerja, orang kita berduyung-duyung dibiarkan berpeleseran tanpa tujuan. Adakah kita mahukan kedudukan bergoyang kaki tanpa perlu berusaha itu, sebagai kemegahan ketuanan Melayu?

Saturday, July 26, 2008

Kebijaksaan Di Atasi Oleh Kebebalan

Isu Terengganu membeli kereta mercedes tidak perlu dicerita lebih lanjut untuk menarik perhatian semua. Paling nyata, pembelian itu dilaksanakan dengan alasan yang bijaksana. Malangnya, tindakan melarang ia digunakan oleh exco serta mengarahkan kereta itu digunakan oleh pelawat ke Terengganu adalah adalah arahan yang boleh dianggap bebal. Orang kurang cerdik pun boleh melihat kelemahan arahan sedemikian. Anihnya MB Terengganu mendapat sokongan semua pihak kecuali dua tiga kerat daripada mereka yang menyokong PM sahaja.

Saturday, July 19, 2008

Undi Tidak Percaya Tidak Penting

Walaupun PM Malaysia tidak pernah menghadapi undi tidak percaya secara rasmi di parlimen atau dalam mesyuarat MT parti, adalah amat jelas bahawa beliau sebenarnya sentiasa mendapat tentangan dari dalam dan luar parti serta dari dalam dan luar kerajaan secara berterusan. Tentangan datang dalam berbagai wajah dan bentuk secara bertimpa-timpa. Desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada pelbagai pihak adalah merupakan salah satu bentuk undi tidak percaya. Pilihanraya 8 Mac, 2008 menjadi tarikh keramat di mana setiap ahli UMNO menjadi pandai bersuara dan merasakan wajar menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa berselindung mengenai presiden parti mereka yang juga PM Malaysia.

Sebahagian daripada mereka yang lebih bertimbang rasa melabelkan ini sebagai keterbukaan PM, kerana bersedia mendengar dan dikritik. Mereka juga memuji-muji PM di atas kesediaan sebegini. Malangnya majoriti rakyat Malaysia tidak melihatnya begitu. Mereka melihatnya sebagai kebangkitan yang mahukan presiden parti, merangkap PM itu, supaya berundur. Malangnya, mesej ini seolah-olah “fell on deaf ears” sepatah kata orang putih.

Bukan itu sahaja, bekas PM yang menjadi PM selama 22 tahun sebelim ini, telah bertindak keluar parti dan rajin menulis serta berucap atau berceramah secara terbuka menghentam PM penggantinya itu agar meletakkan jawatan. MP Jerlun yang juga anak kepada bekas PM membuat gesaan yang serupa. MP Gua Musang membawa pendekatan yang lebih demokratik dengan menyatakan hasrat untuk mencabar PM dalam mesyuarat agung selain menyatakan bahawa plan peralihan kuasa PM kepada TPM yang telah diumumkan itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan parti. Justeru beliau menganggapkan peralihan kuasa itu sejajar dengan amalan raja yang menurunkan takhta kepada anakanda baginda. Namun begitu PM masih berdegil dan tidak mahu berundur sebelum Jun, 2010; tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dengan TPM

Soalnya sekarang, bagaimana jika TPM dicalonkan untuk jawatan presiden parti dalam pemilihan Disember ini?. PM akan malu besar kerana ditewaskan oleh timbalannya sendiri. Ini tidak mustahil berlaku kerana rata-rata ahli UMNO mahukan ini berlaku. Mereka yang kuat menyokong PM secara terbuka sekarang hanyalah menteri-menteri kabinet beliau sahaja.

Selain itu PM perlu ingat bahawa jawatan PM adalah menjadi hak mutlak Yang Dipertuan Agung melantiknya. Peristiwa pelantikan MB Terengganu dan Perlis sepatutnya menjadi iktibar.

Harapan BN dalam pilihanraya 13 umpama telur di hujung tanduk. Ini kerana UMNO menghadapi kepupusan sokongan kaum Cina dan India yang sedang menghadapi kekalutan dalaman dalam MCA dan MIC. Selain itu kegagalan dan kepayahan memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak akan menyebabkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak berpindah kepada pembangkang. Kerakusan tindakan menghalau rakyat Filipina akan menyebabkan rakyat Sabah sendiri yang tidak berkad pengenalan berkemungkinan menjadi mangsa. Ini akan menaikkan kemarahan saudara mara yang kehilangan waris yang dihalau kerana kesilapan tidak mempunyai kad pengenalan. Undi untuk BN akan berkurangan di Sabah atas sebab-sebab sebegini.

Siapapun menjadi PM sebelum pilihanraya 13, pembangkang akan tetap mengambilalih pemerintahan Malaysia. Sekiranya DSAI ditakdirkan terkurung semula di penjara, pembangkang tidak menghadapi masalah bersetuju dengan pelantikan isteri DSAI, Dato Seri Wan Azizah, kerana beliau telah muncul sebagai seorang yang kental dan berjiwa juang yang dikagumi sekarang ini.

BN akan menerima nasib malang dalam pilihanraya 13 kerana tabiat sombong dan cakap besar menteri-menterinya menjadikan rakyat semakin mual setiap hari. Mereka bukan sahaja gagal mengatasi beban kenaikan harga barang , malah manambahnya dengan pelbagai masalah baru. Bila rakyat beralih daripada penggunaan kereta kepada penggunaan motosikal, mereka menjadi seronok dan bangga, sedangkan menderita dan rintihan rakyat miskin itu gagal diselami.

Sebahagian besar rakyat bukan ahli mana-mana parti politik. Mereka hanya menunggu pilihanraya 13 untuk menunjukkan kuasa. AWAS!

Friday, July 11, 2008

Ketuanan Melayu

Apakah hasil perjuangan umno selama 50 tahun dalam soal ketuanan Melayu?

Jawabnya:
Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.

Melayu jadi drebar; bukan Melayu jadi bos yang dipandu. Melayu jadi kuli di kedai bukan Melayu. Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia. Sekolah Melayu jadi sekolah kebangsaan. Semua pemimpin gemar bercakap Mat Salleh di TV dan di mana-mana. Tulisan Jawi lenyap hidup segan mati tak mahu. Kuasa raja Melayu hampir termusnah sepenuhnya. Ketuanan Melayu hape ke bende nye? Habuk pun tarak!
Siapa lagi yang boleh di harapkan dalam soal ketuanan Melayu. UMNO? Entah!

Salah Tadbir Lagi.

PM Tahi Minyakland salah tadbir lagi. Disangkanya beliau boleh melantik PM pengganti dan mengumumkan TPMnya sekarang akan dilantik sebagai PM pengganti dalam masa 24 bulan. Beliau tidak serik dengan peristiwa pelantikan 2 orang menteri besar di dua negeri dalam Tahi Minyakland dulu. Rupa-rupanya kuasa PM tidak boleh mengatasi kuasa Tuanku Raja Negara.
Justeru seorang ahli parti PM Tahi Minyakland menyifatkan langkah Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 dan bertanding sebagai Presiden parti merupakan satu langkah yang silap. Katanya jawatan Presiden parti itu ditentukan oleh ahli dari peringkat akar umbi dan tidak wajar bagi PM untuk serahkan kuasa kepada sesiapa pun. Banyak pihak tidak menyedari bahawa Perdana Menteri perlu mendapatkan restu pelbagai pihak terutamanya dari Tuanku Raja Negara.
Sah demokrasi dalam parti PM sudah berkubur. Ketua-ketua ahli dipanggil ke pusat negara supaya mereka menyokong PM dan TPM. Maka bertebaranlah mereka pulang ke daerah masing-masing mempastikan semuanya mencalonkan PM dan TPM. Terlepaslah peluang yang lain-lain mencabar mereka.
Bagaimanapun rakyat tetap mual. Tak sabar-sabar menunggu PRU13 untuk mengajar mereka sekali lagi. Kali ini barang kali ini .............. tertulislah dalam sejarah Tahi Minyakland sebuah episod yang mereka gagal menjangka berlaku.
Atau mungkin, parti PM akan diharamkan sekali lagi jika ada ahli membawa kes sistem kuota dalam pencalonan ke mahkamah. Entah!

Wednesday, July 9, 2008

Dia Tidak Sehebat Mana

Sedutan Kata-kata Shabery Cheek: (Sumber: Agenda Daily)

"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut. "

Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya.

Saya rasa Shabery agak takabur di sini. Tak mudah juga orang Kemasek, Terengganu nih.

Lazimnya MEREKA YANG SUKA MEMPERKECILKAN KEHEBATAN ORANG LAIN AKAN KECUNDANG AKHIRNYA. Saya perhatikan bahawa Anwar amat rendah dan hina di mata menteri-menteri BN yang masih sombong seperti sebelum PRU12. Hati-hati bila bersuara, kerana rakyat tahu siapa yang hendak disokong. Syed Hamid juga gemar mengeluarkan pandangan yang kurang berisi bila menyentuh tentang Anwar. Kebencian sering mengatasi persepsi. Pendapat menjadi celaru. Rakyat tidak keliru tetapi mual. Awas!


Menyentuh tentang debat, saya rasa karisma memainkan peranan penting. Tanpa karisma idea yang bernas pun tidak muncul cemerlang. Saya harap Shabery perlu ada ini untuk diterima ramai. Tak memadai dengan hanya bercakap besar. Maafkan pakcik warga emas ini, Shabery.

Debat.

Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai 2008 anjuran www.Agendadaily.com disiarkan secara langsung oleh TV3. Ia juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.Kemudiannya RTM1 akan buat siaran tertunda. Hanya 200 orang saja diizinkan menonton - 100 orang jemputan penganjur (Dikhuatiri pihak Shabery ramai di sini),50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka.Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.

Saturday, July 5, 2008

Debat Shabery VS Anwar...

Menurut Agenda Daily:
Debat Shabery VS Anwar...

Setakat hari ini, Sabtu Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi beri sebarang jawapan rasmi kepada surat yang dihantar Agendadaily beberapa hari lalu mengundangnya untuk menyertai debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' itu dicadangkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada malam 15 Julai ini dan akan disiarkan secara live menerusi televisyen.Ada juga kalangan pemimpin PKR cuba perkecilkan Ahmad Shabery kata ' siapa dia berbanding Anwar '.Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri ketika ditemui di bangunan Parlimen Selasa lalu kata beliau yakin dengan kemampuan Ahmad Shabery untuk berentap dengan Anwar dalam debat itu.- 5/7/2008

Ulasan: Sebagai warga emas yang tak berapa cerdik ini, saya syorkan debat itu dibuat antara Anwar dan Pak Lah, bukan dengan Shabery Cheek. Kerana sebagai seorang yang dikenali peringkat antara bangsa, beliau perlu ditentang oleh yang dikenali di peringkat dunia macam Pak lah. Shabery Cheek belum dikenali di kalangan negara luar tersuk negara pengeluar minyak dunia. Saya bukan nak perkecil Shabery, tetapi rakyat tidak lagi bodoh seperti 30 atau 40 tahun dahulu. Harap maaf jika saya yang pencen ini terlanjur kata.

Thursday, July 3, 2008

Allah Peliharakan Malaysia.

1. Dakwaan terhadap Ketua Polis Negara adalah serious. Dakwaan terhadap Peguam Negara adalah serious. Siapakah yang akan menentukan bahawa ada kes terhadap mereka? Rakyat tertanya-tanya. Kes Anwar begitu cepat diambil tindakan. Kes ini bagaimana?

2. Dakwaan terhadap keterlibatan Datuk Seri Najib dengan Altantuya juga serious. Siasatlah habis-habisan. Rakyat bukan bodoh untuk mendengar penafian demi penafian. Tindakan sewajar perlu diambil tanpa 'FEAR OR FAVOUR'.

3. PM kata keadaan terkawal. Semuanya terkawal. Apa yang terkawal?

Allah Peliharakan Malaysia.

Tuesday, July 1, 2008

Di sini si pencuri ayam dilepaskan; si pengadu pula ditangkap.

Agenda Daily kata: Isteri Timbalan Perdana Menteri PM Datin Seri Rosmah Mansor buat pertama kali ulas pasal akaun bersumpah pengendali laman Malaysia Today ,Raja Petra kamaruddin dakwa beliau ada dilokasi pembunuhan Altantuya.Katanya pada para wartawan lepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini beliau tak ada kena mengena dengan pembunuhan itu. "Orang yang tidak bersalah tak perlu takut apa-apa. Saya tidak ada apa nak kata lagi dan saya sudah beri keterangan pada polis.Saya bukan ahli politik dan saya tak bertanding jawatan. Saya cuma isteri seorang ahli politik,"katanya.


PM Tahi Minyakland Kata dia tidak percaya Timbalan dan isterinya terlibat dalam perkara seperti itu dan yakin percaya bahawa tuduhan itu palsu. (Kesimpilan: Sudah didapati tidak bersalah).


Bila wartawan bertanya mengenai tuduhan liwat beliau menyatakan menjadi tugas polis untuk menyiasat kononnya berasaskan perinsip seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. (Kesimpulan: Sudah didapati bersalah)


Inilah cara pemerintahan di Tahi Minyakland. Contohnya rakyat tidak diberikan pilihan langsung dalam soal kenaikan harga minyak. Rakyat di negeri-negeri yang tak ada stesyen gas NGV terkial-kial mencari alternatif. Nak pasang dan bertukar kepada gas tak dapat kerana tidak wujudnya stesyen gas NGV. Sepatutnya, kerajaan kenalahlah sediakan tempat mengisi gas di semua negeri dan daerah dulu sebelum mengistiharkan kenaikan harga minyak. Barulah senang rakyat membuat pilihan. Ini tidak ada pilihan langsung! Inikah yang dinamakan berasaskan rakyat? Bila orang bercakap tentang good governance, kitapun turut bercakap juga, tetapi habuk pun tarak.