Thursday, April 24, 2008

Mengapa BN akan terus merana 1

Bung Mukhtar, Hishamudin dan Sabery Chik masih belum sedar diri setelah hilang 5 negeri dan gagal 2 per 3 dengan terus memperlekeh Anwar Ibrahim. Kasihan orang UMNO! Masih rasa mereka sahaja yang pandai dan jaguh. Kononnya orang lain tak mampu memerintah...... Masih bercakaran sesama sendiri dan terus bercakap besar hehehehehe......

Mengapa BN Merana 6

BN terdiri daripada gabungan parti-parti PERKAUMAN Melayu, Cina, India dan lain-lain di Sabah dan Sarawak. Ini menggagalkan perpaduan walaupun setelah 50 tahun merdeka. Kalau berterusan begini 100 tahun lagipun taka akan tercapai perpaduan kaum.

Mengapa BN Merana 5

Melaksanakan projek ikut nafsu sendiri; TIDAK IKUT KEHENDAK RAKYAT (PELANGGAN). Pelanggan naik mual. Serlain itu sentiasa mencanangkan bahawa tiada alternatif selain BN serta kumpulan lain tidak mampu memerintah. Hanya BN yang pandai. Rakyat bertambah mual!

Mengapa BN Merana 4

Gemar bercakap dalam bahasa orang putih dalam TV dan mempelekeh Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Mengapa BN Merana 3

Kes Pembunuhan Altantuya dan mereka yang dikaitkan dengannya.

Mengapa BN Merana 2

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti telah menetapkan pendirian mereka bahawa konsert Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 haram. Ia dikatakan dapat melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Kenyataan tersebut telah disambut baik oleh Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)dengan menyanjung pendirian berani mufti-mufti untuk memberi pandangan secara terbuka tentang isu-isu yang penting kepada masyarakat.

Menurut Presiden JIM, Zaid Kamaruddin (gambar kanan), amalan ini hendaklah digalakkan agar pandangan agama tersebar luas kepada masyarakat dan masyarakat mendapat bimbingan daripadanya.

Dari segi perjalanan Konsert Jom Heboh itu pula, terdapat suasana yang menggalakkan beberapa perbuatan yang jelas dilarang agama seperti pergaulan bebas, suasana melalaikan, pengabaian solat fardhu, remaja pulang lewat malam, pembaziran masa dan tenaga,jelas Naib Presiden Abim, Yusri Mohamad.

Oleh: Faisal Mustaffa

Mengapa BN Merana 1

KUALA TERENGGANU - Lebih 50 peratus wakil rakyat di negeri ini yang berkhidmat pada penggal lalu didakwa bersikap angkuh dan sombong terhadap rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Roslan Awang Chik ketika mendedahkan perkara itu berkata, sikap sedemikian bukan sahaja berlaku di kalangan wakil rakyat Terengganu sahaja, sebaliknya para pemimpin UMNO di negeri lain juga.

Beliau berkata, sikap negatif seumpama itu menyebabkan rakyat sudah mula berasa bosan dan kecewa terhadap calon terbabit menyebabkan mereka mula mengubah haluan dengan memilih calon lain hingga membawa kepada kekalahan kepada UMNO.

Lebih mengecewakan kata Roslan, wakil rakyat yang diberikan amanah menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat seolah-olah lupa dengan tanggung jawab sebenar mereka, sebaliknya apa yang lebih diberikan tumpuan ialah mengumpulkan kekayaan.

“Ada di antara mereka sibuk kumpul harta untuk kepentingan diri sendiri dan tidak menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat,” ujarnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Sinar Harian, semalam."

Wednesday, April 16, 2008

Menteri Besar PKR Tetap Menteri Besar Statusnya

Saya rasa sebagai penjawat awam seorang anggota polis perlu lebih berhemah dan hati-hati bila berurusan dan mengeluarkan kenyataan tentang seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat dan dilantik oleh Tuanku Sultan sesebuah negeri. Kita tidak boleh menganggap seorang MB sama seperti Pak Mat Pak Leh sahaja.

Kerajaan negeri adalah sebuah kerajaan yang dibentuk secara sah mengikut perlembagaan negara. Maka MBnya adalah berjatan tinggi yang sah di peringkat negeri malah di peringkat persekutuan juga. Oleh itu adalah wajar seorang MB seperti MB Selangor dihormati sewajarnya walaupun beliau bukan daripada parti tradisi, UMNO, yang kita anuti. Ini adalah hakikat. Atas kapasitinya sebagai MB Selangor, beliau tidak wajar diarah ke balai polis seperti rakyat biasa, kerana cara begini tidak berhemah. Selain itu, beliau dituduh berbohong melalui TV oleh seorang pegawai kerajaan sewenangnya.

Perlulah diingat bahawa MB Selangor adalah pilihan rakyat dan lantikan Tuanku Sultan Selangor walaupun beliau tidak disetujui oleh UMNO. Mengikut undang-undang beliau belum boleh dikatakan bersalah sebelum ditentukan bersalah oleh mahkamah. Tentulah tidak wajar jika beliau diarah ke balai polis selaku seorang pesalah dan perjumpaan yang dinjurkannya di Kelab Sultan Sulaiman belum boleh dikatan haram sebelum ditentukan haram oleh mahkamah. Mana-mana pihak tidak berhak menjatuhkan hukuman haram selain mahkamah kerana cara itu tidak selaras dengan kehendak undang-undang yang polis sendiri perlu patuh dan tegakkan.
Sekian pendapat saya yang tua ini.

Monday, April 14, 2008

Desakan Dari Sabah dan Sarawak

Sesungguhnya latikan ke jawatan menteri dibuat oleh Pak Lah untuk kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu Pak Lah tidak perlu melayan desakan sama ada dari Sabah atau Sarawak untuk menambah bilangan menteri semata-semata kerana mereka mempunyai ramai wakil di parlimen. Saya nak tanya mereka: "Menteri dilantik untuk kepentingan siapa?". Jika jawapannya untuk kepentingan mereka, maka saya rasa Pak Lah tak perlu melayannya kerana ini bercanggah dengan tujuan asal menteri dilantik; iaitu untuk kepentingan negara dan rakyat. Kita tidak boleh melantik menteri demi kepentingan minoriti di Sabah dan Sarawak

Friday, April 11, 2008

Pengganti Presiden Pilihan Pak Lah.

Dalam keadaan mood rakyat yang mahukan reformasi dalam UMNO, adalah tidak wajar bagi Pak Lah untuk menentukan penggantinya. Pak Lah perlu ikut kehendak ahli. Biarlah ahli yang menentukan siapa pengganti Pak Lah. Apa sahaja boleh berlaku sebelum perhimpunan agung Disember ini. Tentu ada orang yang bersetuju dengan orang yang ditunjukkan oleh Pak Lah sebangai pengganti, tetapi mungkin lebih ramai orang yang tidak bersetuju. Apa kata jika orang yang Pak Lah cadangkan tidak mendapat sokongan pencalonan? Dan, di sebaliknya orang lain pula yang mendapat jumlah pencalonan yang lebih banyak. Atau, mungkin Pak lah sendiri gagal memenuhi kouta pencalonan; maka pilihan Pak Lah akan terpaksa berentap dengan calon lain.
Untuk tidak meletakkan diri sendiri dalam keadaan jatuh terlentang dalam perhimpunan agung, saya rasa lebih baik Pak Lah berundur sekarang dan biarkan orang lain mengemudi kapal yang telah bocor itu ke limbungan untuk diperbaiki. Kerana, nampaknya dah sebulan lebih Pak Lah terkial-kial mencari limbungan tetapi masih belum berjaya; ramai pembantu Pak Lah tak tahu di mana terletaknya limbungan yang baik. Pak Lah kehilangan arah dan kapal sudah hampir tenggelam. Tambahan pula, Pakatan Rakyat akan mendapat presiden pertama sekepas 15 April ini. Haru birulah kapal Pak lah nanti.
Sertailah saya dan jadi pesara. Amat seronok hidup sebagai pesara.

Wednesday, April 9, 2008

Perpecahan Melayu?

Adalah kurang tepat jika ada yang berpendapat bahawa orang Melayu sudah berpecah akibat daripada keputusan PRU-12 pada 8 Mac lalu.
Sebenarnya, yang berpecah adalah ahli-ahli UMNO; itu sahaja. This is no big deal, sebab UMNO sudah gagal menjaga Ketuanan Melayu, gagal memertabatkan Bahasa Melayu dan gagal meletakkan Agama Islam di puncak sebagaimana kehendak orang Melayu kerana inilah sebenarnya kehendak dan kemahuan orang Melayu. Inilah juga matlamat asal penubuhan UMNO. Kini pemimpin UMNO tidak lagi dilihat sebagai bersemangat Melayu dan cintakan Islam malah cuba mempelekeh titah Sultan (Kes Perlis dan Terengganu sebagai contoh). Presiden UMNO pada mulanya menolak pilihan raja dan sultan dan urusan pelantikan Menteri Besar.
Lihatlah sekeliling kita sekarang. Kebanyakan pemimpin UMNO gemar bercakap dalam Bahasa Penjajah di TV, walaupun yang hendak disiarkan dalam berita Bahasa Melayu. Agama Islam Hakiki tidak diyakini lalu diwujudkan pendekatan baru yang dinamakan Islam Hadhari. Orang Melayu sebenarnya sudah keliru dan dikelirukan oleh pemimpin UMNO yang sudah celaru. Jadi, apakah perlu lagi UMNO kepada orang Melayu? Ia sudah jadi tidak relevan.
Pemimpin UMNO hanya jaga ahli-ahli UMNO yang 3 juta itu sahaja. 24 juta lagi rakyat Malaysia seolah-olah tidak terbela. Wakil rakyat UMNO melawat ke kampung2 hanya untuk berjumpa ahli UMNO. Rakyat lain tidak dipedulikan.
UMNO bukan sahaja gagal menarik minat orang Melayu, malah orang Cina dan orang India juga menolak UMNO. Kekalahan perlu dipikul oleh BN, bukan sahaja UMNO.
Selepas kerajaan BN ditubuhkan dengan muka-muka baru dan satu dua muka lama, nampaknya cakap dan tindak tanduk para menteri masih di takok sebelum PRU-12. Isu JKKK dan ketua kampung di negeri-negri yang diperintah oleh PR umpamanya. 24 juta rakyat yang sudah cukup muak dengan kaedah ini menjadi bertambah muak. Jika pemimpin BN tidak hati-hati saya berani kata bahawa yang tinggal hanya Johor sahaja selepas PRU-13 kelak. Jadi, silalah berubah. Ikutlah apa pelanggan mahu; bukan buat apa yang anda sendiri mahu atau UMNO mahu jika mahu selamat dalam PRU-13.
Renung2kan.