Friday, November 9, 2007

Formula Subsidi Minyak; Kereta Mewah?

Formula Subsidi Minyak Yang Akan Mempastikan
Rakyat Tidak Menanggung Kesusahan.

Untuk membolehkan ekonomi negara terus berkembang pesat serta tidak membebankan rakyat, kita hendaklah mampu merangka suatu formula subsidi minyak yang praktikal dan tidak menimbulkan masalah sampingan. Kita mempunyai pengalaman di mana kita telah menghadapi masalah penyeludupan dan penipuan bila harga gas dan diesel berbeza antara industri, nelayan dan pengguna lain. Oleh itu formula yang memeringkatkan harga untuk kumpulan kaya dan kumpulan miskin akan mengundang kecelaruan dari sudut pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Sebagai contoh, pemilik kapcai atau kenderaan yang di bawah 1000 cc diberikan harga rendah dan pemilik BMW dan Mercedez Benz dikenakan harga lebih mahal, bagaimanakan cara untuk melaksanakannya? Adakah mereka akan dikehendaki ke stesen minyak yang berbeza? Ini menyulitkan, kerana ia menyebabkan syarikat minyak terpaksa menyusun semula struktur dan stretegi pemasaran. Saya fikir cara begini tidak praktikal dan akan menyusahkan sama ada pihak kerajaan, syarikat minyak atau pengguna.

Selain itu, pemilik kenderaan kecil mungkin akan menjualkan minyak yang dibelinya berulang kali itu kepada pemilik kereta mewah untuk mendapat keuntungan.

Cadangan.

Justeru itu, cara yang terbaik ialah dengan cara kita mengekalkan kadar subsidi yang setara antara yang kaya dan miskin seperti sekarang, TETAPI sebagai ganti, kita ubah sistem dan farmula mengenakan cukai jalan kepada pemilik kenderaan, mengikut NILAI SEMASA kenderaan yang digunakan; tidak lagi mengikut CC kenderaan seperti sekarang ini. Sekiranya kita sandarkan penetapan jumlah cukai jalan mengikut CC kenderaan, makan akan timbul masalah orang miskin pun dikenakan cukai yang tinggi. Ini kerana, orang miskin yang hanya bayar RM20,000 untuk sebuah Mercedez Benz terpakai berumur 10 tahun terpaksa membayar cukai jalan sama seperti jutawan yang membeli kereta baru dari jenis yang serupa dengan harga RM350,000. Oleh itu bayaran cukai jalan mengikut nilai kenderaan yang dibeli adalah dikira lebih adil dan wajar. Tambahan pula kini terdapat kereta seperti kereta Mini Cooper 1600 CC berharga RM200,000. Orang miskin tak mampu membeli kereta begini walaupun CC nya rendah. Ini membuktikan bahawa menjadikan CC kenderaan sebagai panduan menentukan kadar cukai jalan adalah agak ketinggalan zaman dan perlu dihentikan. Para jutawan tidak membeli kenderaan kerana CC nya, tetapi mereka membelinya kerana berwang. Oleh itu mereka mampu membayar harga yang mahal, walaupun keretanya kecil ber CC rendah. Jadi, eloklah kita cukai mereka mereka harga kereta yang mereka beli tidak lagi berdasarkan CC engine.

Sekiranya cukai jalan berdasarkan nilai kereta ketika dibeli, maka kita dapat menyelesaikan masalah secara serampang dua mata. Ini mudah dilaksanakan kerana setiap tahun semua kenderaan dinilai semula oleh pihak Insurance ketika hendak memperbaharui cukai jalan.



Contohnya: Nilai Kenderaan dan Cukai Jalan Dikenakan Secara Kasar


Kereta Mercedez Benz Harga Dibeli: Baru/Terpakai Cukai Jalan Mampu Dibeli Oleh
Tahun Pertama RM350,000 RM1,000 Jutawan/ Orang Kaya
Tahun Kedua RM300,000 RM900 Orang Kaya
Tahun Ketiga RM250,000 RM800 Orang Kaya
Tahun Keempat RM200,000 RM700 Orang Kaya
Tahun Kelima RM150,000 RM600 Orang Berada
Tahun Keenam RM100,000 RM500 Orang Berada
Tahun Ketujuh RM50,000 RM80 Orang Kurang Berada
Tahun Kelapan RM40,000 RM70 Orang Kurang Berada
Tahun Kesembilan RM30,000 RM60 Orang Kurang Berada
Tahun Kesepuluh RM20,000 RM50 Orang Kurang Mampu

Perhatian: Contoh di atas hanyalah secara kasar sahaja. Pakar-pakar di Kementerian Pengangutan tentu lebih arif dan dapat menjana pulangan kepada kerajaan melalui cukai jalan mengikut kaedah nilai kenderaan yang dibeli. Jika diperhatikan betul-betul kumpulan berpendapatn rendahpun akan mula menggunakan kereta mewah bila nilai kereta mewah mencapai harga kereta terpakai yang rendah selain cukai jalannya turut menjadi rendah.


Rumusan.

Adalah diharapkan dengan formula begini kumpulan kaya akan berpeluang menyumbang untuk kelangsungan pembangunan negara dan pihak yang berpendapatan rendah tidak terbeban seperti sekarang. Justeru itu, subsidi minyak bolehlah diteruskan sebagaimana sekarang walaupun kadarnya perlu diubah mengikut harga pasaran minyak. Sekain dan diharap akan mendapat perhatian YAB Pak Lah dan para penasihat YAB.

Semoga Negara Ini Terus Makmur dan Cemerlang, insyaAllah.