Tuesday, August 12, 2008

Hard To Understand

We have been preaching to the rakyat about the need to live harmoniously together in this beloved country, Malaysia. But, at the same time we fail to stop the urge to just think of ourselves as Malays and do whatever we want our own way and keep forgeting the other races as Malaysians. Kita terlalu bangga dengan ketuanan Melayu, sedangkan ia cuma sekadar gah dalam sebutan sahaja. Kita cemburu bila kaum lain mahu memasuki universiti kaum kita. Tetapi, kita tidak cemburu bila orang lain cemerlang dalam Bahasa Inggeris atau berjaya dalam bermacam bidang kemahiran dan kejayaan.

Kita berpada-pada dengan kerja kuli dan pembantu dalam semua bidang. Orang lain jadi bos kerana mereka pandai. Kita cuma gila dipanggil tuan sedangkan pada hakikatnya kita tuan yang mahukan ketuanan pada nama semata-mata. That is why we have to think and rethink about this once and for all. Kita terimalah hakikat bahawa Islam tidak mengajar kita supaya mengagungkan bangsa kita semata-mata sehingga kita tersasar dan menganggap kaum lain sebagai tidak diterima Islam. sedangkan Islam adalah untuk semua umat, tidak kira dari kaum atau bangsa mana pun.

So, marilah kita kembali ke cara Islam dan hidup aman damai dengan semua kaum di negara tercinta ini. Sejak bila orang Melayu boleh hidup tanpa orang Cina atau India dan vice versa. Sedarlah dan terimalah hakikat. Insya'Allah itulah jalan terbaik. Lupakanlah unsur-unsur perkauman yang boleh melemahkan kita sebagai Malaysians. Parti-parti perkauman adalah sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Hentikanlah kerja menipu orang-orang kampung dalam hal-hal parti perkauman sebegini. 30 tahun dulu memang ya, tetapi sekarang tidak lagi. Bebaskan diri kita dari amalan penuh kebencian.

Di MRSM dah ada pelajar Bukan Melayu. Apa salahnya jika di UiTM mereka juga diterima. Ia untuk kebaikan. Insya'Allah dengan cara itu kita akan jadi lebih pandai; sama pandai dan maju; tidak hanya memadai sebagai drebar atau askar sahaja. Kita berlawan secara sihat dan mengatasi kaum lain secara mesra dan bertamadun.

1 comment:

Anonymous said...

Mengapakah ibrahim bu shah belum mengambil tindakan undang-undang terhadap MB Selangor seperti yang dilaungkan itu? Jangan-jangan beliau punyai 'pea-sized brain' sepatah ungkapan shafie abdullah buat raja petra. Cakap sahaja besar......