Sunday, August 10, 2008

Rasuah Politik atau Politik Wang

Saya bersimpati dengan YB Menteri dari Johor yang bercakap mengenai politik wang dalam parti yang dianggotainya ketika di Kota Bahru. Ini kerana amalan ini telah menjadi begitu parah dan sukar untuk diubati. Parti ini telah menjadi begitu kucarkacir dan para pemimpin tertingginya dilihat sebagai telah gagal untuk mengawal keadaan akibat daripada hilangnya kepercayaan ahli terhadap mereka. Nasihat dan larangan pemimpin telah tidak dipedulikan oleh ahli-ahli.

Rasuah politik dalam parti ini bolehlah dianggap sebagai sebotol budu atau cincaluk di mana bilis dalam budu dan udang dalam cincaluk sudah tidak boleh dibuang lagi. Tanpa bilis dan udang sebagai bahan utama budu dan cincaluk, budu atau cincaluk sudah tidak sedap lagi untuk dimakan. Cara yang terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan membuang sahaja botol budu atau cincaluk itu dan ambillah tempoyak atau belacan sebagai ganti ketika inginkan perencah untuk menjadikan suasana makan nasi lebih menyelera. Dengan cara itu rasuah politik dapat dielakkan kerana dalam belacan atau tempoyak atau mungkin juga kicap, tidak ada budaya politik wang. Politik wang hanya terdapat dalam parti yang dianggotai oleh YB Menteri tersebut.


Harap maaf kerana mempunyai idea yang agak songsang ini. Parti lain Alhamdulillah demokratik dan tidak dicemari politik wang kerana mereka anti rasuah.

No comments: