Friday, March 18, 2011

Firman Allah yang diulang berkali-kali

Firman Allah yang diulang berkali-kali, di antaranya:

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 
Meh kita pakat ambil fahaman dan insafi diri......... 
Pertama, Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. So, jangan menipu Allah. Kedua, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. So, jangan berhenti berdoa dan 'membalas' kasih sayang Allah. Wallahu,alam.
Aida Cutes: terima kasih kerana peringatan dan perkongsian...

Thursday, March 17, 2011

Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat

إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. An Nisaa' : 58
Allah SWT mendengar segala permintaan kita. So, kita kena present diri kita agar menjadi lebih presentable, tanpa dosa, supaya segala permohonan kita dimakbulkanNYA. Jika kita penuh dengan noda dan dosa, bertaubat dulu sebelum berdoa. Sesungguhnya kita perlu rasa malu kepada Allah SWT untuk menadah tangan dan memohon macam-macam jika kita sentiasa engkar perintahNYA. Allah sentaiasa mendengar, tetapi Allah mungkin tidak melayan kita kerana kita derhaka, wallahu'alam.
Kita juga tidak terlepas daripada Pandangan Allah SWT. So, tindak tanduk kita dan tingkah laku kita hendaklah selaras dengan syariat agar tidak dimurkaNYA. Apa yang orang nampak tidak penting; yg penting apa yang Allah nampak. Orang mungkin tidak bersetuju dengan cara kita berpakaian mengikut syariat, tetapi adakah itu kehendak Allah? Jika ya, maka ketepikanlah apa orang kata, kerana kita di jalan yang benar. Wallahu'alam.
Jika AW salah, di harap ada mereka yang lebih arif yang sudi memperbetulkannya, insya-Allah.

Friday, March 11, 2011

Kelebihan Membaca Al Quran

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

Di dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)

Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia... tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
 
Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)
 
Di dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan baca.