Monday, June 9, 2008

Mahal Tapi Dianggap Bukan Kereta Mewah


Dikategorikan sebagai bukan kereta mewah kerana "cc"nya di bawah 2000 cc, Mini Cooper diberikan rebat, walaupun harganya melebihi RM200,000. mana ada golongan miskin yang mampu beli kereta ini? Fikir-fikirkanlah.

3 comments:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Boleh beli 4-5 kereta Myvi. Tidak layak untuk mendapat rebat.

Ir. Hanafi Ali said...

Cikgu, assalamualaikum. Maaf saya mencelah sebab ingin menerangkan sedikit konsep, yang mungkin lari dari pemaham cikgu.

Rebat diberi dari sudut "cc" nya kerana lebih besar cc, lebih banyak minyak yang dipakai, sedangkan tujuannya untuk membawa penumpang dari point A ke point B.

Kancil dan Mercedes Benz 280s boleh membawa 5 penumpang setiap satu tapi siapa yang mengguna lebih minyak? Kemewahan yang dikecapi oleh pemilik Mercedes Benz 280s (lebih selesa, lebih selamat, lebih banyak muatan bonet), adalah kemewahan yang perlu dibayar.

Rakyat marhaen tidak dapat dibenarkan menggunakan sumber alam tanpa tanggungjawab sosial dalam era pemanasan global.

Ampun maaf cikgu.

Wassalam.

Ir. Hanafi Ali

Anonymous said...

Tuan Ir. Hanafi Ali,

Terima kasih di atas penjelasan yang tuan lontarkan kalau itulah konsep yang diambil kira oleh pihak kerajaan dan diterima baik oleh rakyat marhaen yang hanya mampu membeli kereta 280S terpakai berharga RM12,000 sahaja. Ia dipilih bukan kerana kemewahan, tetapi kerana keselesaan dan keselamatan penumpang.

Argument saya adalah tentang kewajaran perlunya memberikan subsidi kepada kumpulan miskin yang hanya mampu membeli kereta murah walaupun cc nya tinggi (280S) selain yang memilih untuk membeli kereta kancil tetapi lemah dari sudut keselamatan.

Bagaimanapun penjelasan tuan ada lojiknya. Maaf. Terima kasih.

Terima kasih.