Friday, June 27, 2008

Tidak Cukup Pencalonan

Ketua Besar parti tahi minyak dijangka tidak akan mendapat cukup pencalonan merebut jawatan ketua besar parti. Ini kerana bahagian parti akan mencalonkan Timbalan Ketua sekarang sebagai ketua besar dan seorang lagi menteri kanan untuk jawatan timbalan. Parti tahi minyak memang penuh dengan mereka yang suka khianat mengkhianati antara mereka. Mereka akhirnya akan merobek parti sendiri hingga tersungkur. Parti yang penuh bergelumang dengan rasuah menunggu masa untuk lebur. Parti kueh tiaw dan parti capati juga akan turut berkubur macam parti tahi minyak juga. Ini cuma ramalan. Bagaimanapun ramalan ini akan jadi kenyataan kerana dalam parti tahi minyak serta dua parti lagi itu tidak wujud cahaya kecemerlangan. Pakej yang berlandaskan perkauman tidak boleh bawa kita ke mana-mana. Selamat jalan parti tahi minyak.

No comments: