Tuesday, September 24, 2013

Milik Allah.

Semua ilmu, ciptaan, rekaan atau penemuan terbaru; tak kira sama ada dari orang kafir atau orang Islam adalah milik Allah SWT. Perkara yang penting adalah ilmu, ciptaan, rekaan atau penemuan itu hendaklah yang bernafaat. Wallahua'lam.

So soal ilmu Islam atau bukan Islam itu bukan isu kerana semuanya adalah hak Allah. Sebutlah apa sahaja ciptaan orang kafir, jika bermanfaat, adalah juga keperluan bagi orang Islam. Contoh yang paling mudah adalah kapal terbang. Ia adalah keperluan, walaupun yang menciptanya bukan orang Islam. Wallahua'lam.