Friday, September 25, 2009

Perayaan Hari Raya

Hari ini merupakan hari keenam semenjak 1 Shawal. Penulis bangun 4.30 pagi dan mandi menunggu untuk bersahur kerana puasa sunat Shawal. Hari ini hari ketiga kami berpuasa dalam bulan Shawal. Sambil makan bersahur TV dihidupkan untuk memecah kesunyian. TV masih menyiarkan hiburan yang dipenuhi celoteh pengacara serta nyanyian.
Kata penulis, "Hebat sungguh TV beraya. Hari ini dah hari keenam....."

Isteri penulis menyampuk, "Raya hebatlah! Sebab senang dibuat; yang susah tu sembahayang dan puasa!"
Penulis tak nak komen apa-apa. Cuma penulis nak pinjam kata-kata Nabil, "Fikir-fikirlah sendiri..."
Sekian. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.