Saturday, June 21, 2008

Peralihan Kuasa PM; Suatu Kesilapan.

Perdana Menteri memilih penggantinya dan bila tiba masanya pengganti itu mengambil alih kuasa dan menjadi Perdana Menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri Terdahulu. Ia nampak teratur dan diterima ramai. Soalnya adakah cara ini betul dalam sebuah negara demokrasi yang mengutamakan suara majoriti sebagai asas sistem. Sistem demokrasi juga menggunakan kaedah pengundian sebagai cara memilih yang disyaratkan. Jika PM memilih penggantinya, tidakkah ia cara yang bertentangan dengan sistem demokrasi? Apa kata kumpulan majoriti? Tidakkah memilih PM itu menjadi hak majoriti? Mengapakah cara menentukan pengganti oleh PM yang berkuasa dibenarkan dalam sisitem demokrasi?

Selain itu, di sesebuah negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan, rajalah berkuasa mengikut perlembagaan melantik PM. Jika itulah hakikatnya, tidakkah kerja melantik penggantinya sendiri oleh PM itu dianggap menderhaka kepada raja kerana amalan demikain secara langsung mengambil alih tugas raja?

Majoriti mungkin tidak bersetuju dengan pilihan PM, tetapi takut untuk bersuara. Bagaimanapun, sekiranya Raja tidak bersetuju dengan pilihan PM, tuanku mungkin akan milih orang lain untuk dilantik sebagai PM. Ini telahpun berlaku dalam sebuah negara di mana dua orang Ketua Menteri di dua wilayah kecil negara telah dilantik oleh raja wilayah itu dengan mengetepikan pilihan PM. Apa yang berlaku tidak berani dicabar oleh sesiapa kerana ia mengikut perlembagaan.

Kumpulan majoriti tidak boleh terus menerus ditipu oleh mereka yangberkuasa, kerana kumpulan majoriti sudah mulai sedar dan kuasa majoriti akan digunakan dalam pilihan parti dan pilihan raya. Pemerintah yang enggan sedar atau bodoh sombong berterusan akan bertemu buku dengan ruas akhirnya. Jangan jadi lembu kenyang yang terbaring bergerak-gerak mulut mengunyah angin kerana terlalu kenyang serta di sepakpun ia tak bergerak. Apa lagi kalau disuruh lari, takkan mahu dia berganjak. Renung-renungkan.

No comments: