Wednesday, April 9, 2008

Perpecahan Melayu?

Adalah kurang tepat jika ada yang berpendapat bahawa orang Melayu sudah berpecah akibat daripada keputusan PRU-12 pada 8 Mac lalu.
Sebenarnya, yang berpecah adalah ahli-ahli UMNO; itu sahaja. This is no big deal, sebab UMNO sudah gagal menjaga Ketuanan Melayu, gagal memertabatkan Bahasa Melayu dan gagal meletakkan Agama Islam di puncak sebagaimana kehendak orang Melayu kerana inilah sebenarnya kehendak dan kemahuan orang Melayu. Inilah juga matlamat asal penubuhan UMNO. Kini pemimpin UMNO tidak lagi dilihat sebagai bersemangat Melayu dan cintakan Islam malah cuba mempelekeh titah Sultan (Kes Perlis dan Terengganu sebagai contoh). Presiden UMNO pada mulanya menolak pilihan raja dan sultan dan urusan pelantikan Menteri Besar.
Lihatlah sekeliling kita sekarang. Kebanyakan pemimpin UMNO gemar bercakap dalam Bahasa Penjajah di TV, walaupun yang hendak disiarkan dalam berita Bahasa Melayu. Agama Islam Hakiki tidak diyakini lalu diwujudkan pendekatan baru yang dinamakan Islam Hadhari. Orang Melayu sebenarnya sudah keliru dan dikelirukan oleh pemimpin UMNO yang sudah celaru. Jadi, apakah perlu lagi UMNO kepada orang Melayu? Ia sudah jadi tidak relevan.
Pemimpin UMNO hanya jaga ahli-ahli UMNO yang 3 juta itu sahaja. 24 juta lagi rakyat Malaysia seolah-olah tidak terbela. Wakil rakyat UMNO melawat ke kampung2 hanya untuk berjumpa ahli UMNO. Rakyat lain tidak dipedulikan.
UMNO bukan sahaja gagal menarik minat orang Melayu, malah orang Cina dan orang India juga menolak UMNO. Kekalahan perlu dipikul oleh BN, bukan sahaja UMNO.
Selepas kerajaan BN ditubuhkan dengan muka-muka baru dan satu dua muka lama, nampaknya cakap dan tindak tanduk para menteri masih di takok sebelum PRU-12. Isu JKKK dan ketua kampung di negeri-negri yang diperintah oleh PR umpamanya. 24 juta rakyat yang sudah cukup muak dengan kaedah ini menjadi bertambah muak. Jika pemimpin BN tidak hati-hati saya berani kata bahawa yang tinggal hanya Johor sahaja selepas PRU-13 kelak. Jadi, silalah berubah. Ikutlah apa pelanggan mahu; bukan buat apa yang anda sendiri mahu atau UMNO mahu jika mahu selamat dalam PRU-13.
Renung2kan.

2 comments:

Cikgu Din Sakura said...

Agak eh urupencen tu gurupencen yo? Samo2 lah kito dah pencen. Den amik kesempatan menjadi orang pertamo komen kek blok sdr. Sebab kito samo2 guru dan samo2 pencen plak. Tapi den mirip sket ke PR dan sdr. ke AMNO agak eh.
http://tuklong-ns.blogspot.com/

Wan Omar Mahmud said...

Terika kasih kerana komen saudara. Saya hara saudara akan terus berkunjung ke laman ini, kena sebagai warga emas kita ada tanggungjawab penting menunjuk arah betul kepada generasi baru.