Thursday, April 24, 2008

Mengapa BN Merana 1

KUALA TERENGGANU - Lebih 50 peratus wakil rakyat di negeri ini yang berkhidmat pada penggal lalu didakwa bersikap angkuh dan sombong terhadap rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Roslan Awang Chik ketika mendedahkan perkara itu berkata, sikap sedemikian bukan sahaja berlaku di kalangan wakil rakyat Terengganu sahaja, sebaliknya para pemimpin UMNO di negeri lain juga.

Beliau berkata, sikap negatif seumpama itu menyebabkan rakyat sudah mula berasa bosan dan kecewa terhadap calon terbabit menyebabkan mereka mula mengubah haluan dengan memilih calon lain hingga membawa kepada kekalahan kepada UMNO.

Lebih mengecewakan kata Roslan, wakil rakyat yang diberikan amanah menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat seolah-olah lupa dengan tanggung jawab sebenar mereka, sebaliknya apa yang lebih diberikan tumpuan ialah mengumpulkan kekayaan.

“Ada di antara mereka sibuk kumpul harta untuk kepentingan diri sendiri dan tidak menjalankan tanggung jawab sebagai wakil rakyat,” ujarnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Sinar Harian, semalam."

No comments: