Thursday, April 24, 2008

Mengapa BN Merana 2

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti telah menetapkan pendirian mereka bahawa konsert Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 haram. Ia dikatakan dapat melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Kenyataan tersebut telah disambut baik oleh Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)dengan menyanjung pendirian berani mufti-mufti untuk memberi pandangan secara terbuka tentang isu-isu yang penting kepada masyarakat.

Menurut Presiden JIM, Zaid Kamaruddin (gambar kanan), amalan ini hendaklah digalakkan agar pandangan agama tersebar luas kepada masyarakat dan masyarakat mendapat bimbingan daripadanya.

Dari segi perjalanan Konsert Jom Heboh itu pula, terdapat suasana yang menggalakkan beberapa perbuatan yang jelas dilarang agama seperti pergaulan bebas, suasana melalaikan, pengabaian solat fardhu, remaja pulang lewat malam, pembaziran masa dan tenaga,jelas Naib Presiden Abim, Yusri Mohamad.

Oleh: Faisal Mustaffa

No comments: