Friday, April 11, 2008

Pengganti Presiden Pilihan Pak Lah.

Dalam keadaan mood rakyat yang mahukan reformasi dalam UMNO, adalah tidak wajar bagi Pak Lah untuk menentukan penggantinya. Pak Lah perlu ikut kehendak ahli. Biarlah ahli yang menentukan siapa pengganti Pak Lah. Apa sahaja boleh berlaku sebelum perhimpunan agung Disember ini. Tentu ada orang yang bersetuju dengan orang yang ditunjukkan oleh Pak Lah sebangai pengganti, tetapi mungkin lebih ramai orang yang tidak bersetuju. Apa kata jika orang yang Pak Lah cadangkan tidak mendapat sokongan pencalonan? Dan, di sebaliknya orang lain pula yang mendapat jumlah pencalonan yang lebih banyak. Atau, mungkin Pak lah sendiri gagal memenuhi kouta pencalonan; maka pilihan Pak Lah akan terpaksa berentap dengan calon lain.
Untuk tidak meletakkan diri sendiri dalam keadaan jatuh terlentang dalam perhimpunan agung, saya rasa lebih baik Pak Lah berundur sekarang dan biarkan orang lain mengemudi kapal yang telah bocor itu ke limbungan untuk diperbaiki. Kerana, nampaknya dah sebulan lebih Pak Lah terkial-kial mencari limbungan tetapi masih belum berjaya; ramai pembantu Pak Lah tak tahu di mana terletaknya limbungan yang baik. Pak Lah kehilangan arah dan kapal sudah hampir tenggelam. Tambahan pula, Pakatan Rakyat akan mendapat presiden pertama sekepas 15 April ini. Haru birulah kapal Pak lah nanti.
Sertailah saya dan jadi pesara. Amat seronok hidup sebagai pesara.

No comments: