Wednesday, April 16, 2008

Menteri Besar PKR Tetap Menteri Besar Statusnya

Saya rasa sebagai penjawat awam seorang anggota polis perlu lebih berhemah dan hati-hati bila berurusan dan mengeluarkan kenyataan tentang seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat dan dilantik oleh Tuanku Sultan sesebuah negeri. Kita tidak boleh menganggap seorang MB sama seperti Pak Mat Pak Leh sahaja.

Kerajaan negeri adalah sebuah kerajaan yang dibentuk secara sah mengikut perlembagaan negara. Maka MBnya adalah berjatan tinggi yang sah di peringkat negeri malah di peringkat persekutuan juga. Oleh itu adalah wajar seorang MB seperti MB Selangor dihormati sewajarnya walaupun beliau bukan daripada parti tradisi, UMNO, yang kita anuti. Ini adalah hakikat. Atas kapasitinya sebagai MB Selangor, beliau tidak wajar diarah ke balai polis seperti rakyat biasa, kerana cara begini tidak berhemah. Selain itu, beliau dituduh berbohong melalui TV oleh seorang pegawai kerajaan sewenangnya.

Perlulah diingat bahawa MB Selangor adalah pilihan rakyat dan lantikan Tuanku Sultan Selangor walaupun beliau tidak disetujui oleh UMNO. Mengikut undang-undang beliau belum boleh dikatakan bersalah sebelum ditentukan bersalah oleh mahkamah. Tentulah tidak wajar jika beliau diarah ke balai polis selaku seorang pesalah dan perjumpaan yang dinjurkannya di Kelab Sultan Sulaiman belum boleh dikatan haram sebelum ditentukan haram oleh mahkamah. Mana-mana pihak tidak berhak menjatuhkan hukuman haram selain mahkamah kerana cara itu tidak selaras dengan kehendak undang-undang yang polis sendiri perlu patuh dan tegakkan.
Sekian pendapat saya yang tua ini.

No comments: