Sunday, August 15, 2010

Matlamat Hidup dan Matlamat Mati

Sesungguhnya Allah Menyukai Orang-orang Yang Bertakwa.

Hidup ini ada matlamatnya, demikian juga mati. Tanpa matlamat kita sesat arah dan berakhir dengan ketidaktentuan hasil samada buruk atau baik. Mereka yang tidak ada matlamat samalah seperti seorang yang bangkit dari kerusi dan berjalan-jalan dalam rumah. Dia tidak tahu ke manakah tujuannya; ke dapurkah
atau ke bilik air. Jadi perjalannya itu nyata membazir dan membuang masa.
Mereka yang ada matlamat tidak mudah membuang masa. Langkahnya bermatlamat. Masanya sentiasa terisi dengan sesuatu yang berfaedah. Dia produktif dan sentiasa berfikiran positif. "Think big" dan "work smart" menjadi amalannya. Putus asa tiada dalam khamus hidupnya. Lorong perjalanannya jelas. Perjalanannya tidak tersekat. Pencapaian matlamatnya disokong dengan usaha yang berterusan dan gigih. Perlakuannya sentiasa diasaskan dengan niat kerana Allah.


Matlamat mati tentulah lebih penting dan utama bagi orang Islam. Apakah persediaan untuk mati? Adakah semua tuntutan selepas kematian itu telah dipenuhi? Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. Justeru, mereka yang bermatlamat akan akur dengan sifat yang disukai Allah itu. Segala yang dilakukan adalah dengan kesedaran bahawa ia adalah kerana Allah. Dengan cara itu manusia Islam akan terhindar daripada semua amalan mungkar yang semestinya tidak dilakukan kerana Allah. Menghasut dan mengumpat umpamanya adalah tidak sejajar dengan amalan orang yang bertakwa dan beriman.
Matlamat mati adalah untuk hadir di alam Akhirat yang kekal dan hadirnya kita tanpa membawa sebarang dosa. Lainlah jika kita"tak lut api neraka". Mereka yang yang "tak lut api neraka" boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Mereka tak perlu tutup aurat, tak perlu puasa; malah tak perlu solat pun. Biar betul. Fikir-fikirkan.


Gambar AW Terbaru
(Taken on 16.8.2009)

Oleh kerana AW masih cuti FB, AW hulurkan input ini dari pondok kampung AW melalui blog AW untuk di'share' dengan kekawan FB . Sepanjang cuti AW Tak Komen dan tak menggunakan 'Like' tak chat dan tak hantar posting secara direct. AW cuma guna INBOX dan posting daripada blog AW dan updatekan FB sahaja.

No comments: