Sunday, August 8, 2010

Cuti Facebook Sebulan


AW mengambil kesempatan ini memaklumkan kepada semua kenalan FB bahawa mulai Rabu ini 11 Ogos, 2010 AW akan gantung semua posting, komen dan "like" selama sebulan kerana tumpuan terarah kepada Ramadhan. Bagaimanapun REQUESTS dan INBOX masih diaktifkan dan dijawab.

Oleh itu AW mengambil ruang dan peluang ini untuk memohon maaf daripada semua, apalagi yang telah menjadi amat rapat ...dan mesra dengan AW selama ini. AW tak lupakan. Semua kesilapan dan kekasaran AW selama berceloteh di FB hendaklah di maafkan. Kesilapan semua kenalan, tua dan muda, jika ada AW maafkan dan AW doakan kesejahteraan semua kenalan AW. Insya,Allah, jika dipanjangkan usia AW akan berinteraksi semula dengan semua, jauh dan dekat. Selamat Berpuasa dan raih pahala Ramadhan. Sekian. Wassalam

(Penulis dikenali sebagai Ayah Wan [AW] di Facebook)

No comments: