
Bercakap besar hanya mungkin berguna sebagai gimik sesuatu matlamat yang baik. Ia dijadikan sesuatu yang boleh menggemparkan yang boleh mendorong tindakbalas untuk orang berfikir dan menghasilkan sesuatu yang baik. Kemudian mereka yang tidak terlibat dengan cakap besar itu yang mengaturkan proses, strategi dan logistik yang berkesan demi kejayaan. Itu sahaja. Sebagai contoh cakap besar yang ada proses, stretegi, dan lojistik ialah matlamat mencapai status negara maju dalam tahun 2020. Dan, yang merupakan cakap besar yang telah gagal ialah keinginan untuk mencapai matlamat 70 juta penduduk yang telah lenyap begitu sahaja itu.
Satu lagi cakap besar yang sedang melanda Malaysia ialah keinginan orang Melayu mahu menang pilihanraya tanpa bantuan kaum lain. Cakap besar sebegini amat Malang bagi orang Melayu jika ia dijadikan pedoman. Kerana kalah dalam pilihanraya bererti kehilangan kuasa di parlimen. Menang cakap tidak memberi apa-apa faedah. Apa yang diperlukan adalah menang dalam pilihanraya selagi kita amalkan sistem demokrasi. Lainlah jika negara diperintah dengan kuasa mutlak oleh Tuanku Raja-raja Melayu. Wallahu'alam.
Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment