Tuesday, July 27, 2010

Alam Khayalan.

Alam khayalan merupakan mainan para pengarang dan mereka yang mengaku pakar dalam bermacam bidang. Dalam alam khayalan semua masalah boleh disesesaikan. Semua orang diminta berfikiran positif serta mempercayai khayalan yang disogokkan dalam buku dan artikal mereka. AW telah membaca banyak buku dari barat yang mengusulkan bermacam kaedah dan cara untuk berjaya.

Salah seorang daripadanya bergelar Dr. Tomorrow. Malangnya beliau sendiri tinggal di rumah rakit sampai ke tua. Mereka ini berjaya menjual idea kerana manusia suka kepada cerita-cerita kejayaan, walaupun kejayaan hanya berpihak kepada yang berjaya menjual buku tentang kejayaan. Samalah macam pemilik burung yang melihat nasib di kaki lima.... percaya.... berdosa. AW akhiri dengan hahahaha......... titik.

No comments: