Tuesday, July 27, 2010

Alam Khayalan.

Alam khayalan merupakan mainan para pengarang dan mereka yang mengaku pakar dalam bermacam bidang. Dalam alam khayalan semua masalah boleh disesesaikan. Semua orang diminta berfikiran positif serta mempercayai khayalan yang disogokkan dalam buku dan artikal mereka. AW telah membaca banyak buku dari barat yang mengusulkan bermacam kaedah dan cara untuk berjaya.

Salah seorang daripadanya bergelar Dr. Tomorrow. Malangnya beliau sendiri tinggal di rumah rakit sampai ke tua. Mereka ini berjaya menjual idea kerana manusia suka kepada cerita-cerita kejayaan, walaupun kejayaan hanya berpihak kepada yang berjaya menjual buku tentang kejayaan. Samalah macam pemilik burung yang melihat nasib di kaki lima.... percaya.... berdosa. AW akhiri dengan hahahaha......... titik.

Saturday, July 24, 2010

Semua yg baik datangnya dari Allah

Pernah AW bertembung dgn sorang hamba Allah dlm fb yg menolak falsafah oleh org barat kerana katanya dia hanya berpegang pada Quran dan Hadith. Lalu AW kata jangan begitu, kerana semua yg baik datangnya dari Allah walaupun terbit dari minda kafir; ia cuma lalu ikut kepala kafir dgn kehendahNya jua. Justeru ia bukan mil...ik kafir. Chtoh mudah ialah ciptaan k.terbang; oleh kafir tapi dimanfaatkan oleh org Islam seluruh dunia. Oleh itu yg baik tetap dari Allah, jgn tolak membabi buta. Wallhuaklam.

Pendapat Kawan-kawan:

Moazmar Omar: yalah ..kalau macamtu ..nampak gaya dia pakai unta sahaja
14 hours ago · LikeUnlike ·

Ayah Wan ‎: tu la.... kadang2 kita kurang menyelami... Apa2 yg datang dari barat kita anggap tidak Islam, lalu menolaknya. Rugilah kita kalau macam tu. Yang baik kita kena terima kerana ia dari Allah... Manusia Islam, manusia kafir adalah; mana ada kerusi Islam atau kerusi kafir? So hati2lah bertambah rugilah kita jika menolak ilmu dari barat yang baik2...sedangkan ianya milik Allah. Kalau ajaran sesat, di sini pun ada! Wallahuaklam.

Mencipta Kenangan

Ayah Wan ‎: Pernahkah anda terfikir bahawa kenangan boleh dicipta. Gunakanlah masa, ruang, peluang yg ada sekarang, di saat ini, untuk mencipta kenangan yang indah2 untuk diimbau pada masa depan. Wake up... up... go go n have fun.

Ayah Wan ‎: Tapi lupakanlah keinginan mencipta kenangan yg hapak dan hacing, coz x berbaloi utk dikenang.

Moazmar Omar : kekadang kenangan datang dengan ciptaan kekadang kenangan bertandang dengan tak dijemput.......yang mampu dicipta pastinya penuh warna ..namun disebaliknya pasti perih dan pedih untuk ditelan ......sementara stok masih ada isilah ruangan yang ada dengan penuh warna ....

Thursday, July 22, 2010

Cadangan Bodoh

Mufti2 eloklah pimpin Melayu yg x ada parti; 8 juta ramainya daripada sebuk dgn umno dan PAS. Jgn campuri politik. Pimpinlah Melayu yg x berparti dan sokong Raja2 Melayu yg menaungi orang Melayu dan tubuh kerajaan Melayu. ketepikan PAS dan umno yg bermain politik itu. hahaha..... Gila agaknya AW buat cadangan bodoh nih.

Aki Lok Man: Kalau kita ketepikan politik..... kita semakin menghampiri hala tuju yg sama......

Oberstgruppenfuhrer Anwar: lets restore back sultanate system~~

Ayah Wan ‎: Jika PERKASA itu dipimpin oleh orang bukan politik dan tidak dicemari keahliannya oleh ahli umno, adalah lebih baik dan mudah utk diajak berunding tentang penubuhan kerajaan kesultanan melayu (yg bunyinya macam cadangan bodoh ini). Tapi kuasa Allah siapa nampak....

Generasi Felda Endau AW: katakanlah kita bersetuju dengan cadangan tuan, tetapi kita perlu fikir negara ini mengamalkan demokrasi. Apabila tiba pilihanraya apakah "jambatan" yang digunakan untuk membolehkan "bangsa dan ugama" kita mendemonasikan pemerintahan?. Berbanding dengan bukan bangsa kita - walaupun bukan dari parti yang sama tetapi bersatu dalam memperjuangkan agama dan kepentingan bangsanya.

Ayah Wan ‎: AW enggan jawab ttg demokrasi kerana sensitif ... Sama2lah kita fikir sendiri ... Dengan melayu tak sampai 100 dalam parlimen 222 ahli, ke mana kita akhirnya kita? PRU13 belum tentu kekal jumlah yg ada. Kini umno cuma 78 orang; tolak sabah cuma tinggal 64 orang. Jika campur PAS pun masih belum cukup separuh.......... Entah..... Allahhuakbar.

Oberstgruppenfuhrer Anwar Sistem Syura lahhh~~
Wednesday at 11:35am · LikeUnlike · .Generasi Felda Endau Betul Sistem Syura, tetapi untuk menggunakan Sistem Syura kita mesti menguasai pemerintahan. Pada hakikatnya Melayu Islam hanya 55% sahaja yang ada di Malaysia. 55% tu termasuk budak yang masih sekolah dan tidak tau apa2. Sistem demokrasi sekarang pun melayu islam hanya menguasai beberapa % sahaja. Sebab itu saya juga menyokong apa-apa parti pun melayu mesti bersatu. Parti hanya alat.

Oberstgruppenfuhrer Anwar GFE-Melayu Islam ada dlm 55%,bagaimana dgn saudara2 Islam kita yg berbangsa lain yg lagi dlm lingkungan 5.4%???umat2 Islam di Malaysia dlm 60% bukan???adakah mereka majoritinya menyokong kita rasa2nya pd pndpt kamu??

P/S:Encik GFE,kamu punya kampung di Felda Endau di bahagian mana??saya juga keturunan peneroka Felda Endau,generasi ketiga,rumah kampung saya berhampiran dgn jalan masuk,sebelum jalan yg terbahagi kpd dua tu~~

Generasi Felda Endau OA: dari pemerhatian saya walaupun sesama islam, tetapi jika berlaku conflict kepentingan bangsa - orang islam yg berketurunan bukan melayu tidak akan menyokong kita. Wallah hu'alam.

Hasrie Amli segala puak jin,iblis dan syaitan bersorak sakan melihat perangai manusia yg tak sudah-sudah bertelingkah sejak dari habil dan qabil....hinggalah ke akhir zaman.....mana perginya akal fikiran....begitulah manusia bila hawa dan nafsu menguasai diri....

Ayah Wan ‎: Si Luncai yg dlm kepayahan meronta2 ingin melepskan diri. Mereka yg mengawalnya hanya berkata,''Biarkan! Biarkan! Si Luncai terjun dengan labu-labunya...'' Kasihan Luncai...

Hairi Amir Hasan dia orang nak kena jajah semula ke, baru nak bersatu......!
17 hours ago · LikeUnlike · .Hairi Amir Hasan yang boleh kita banggakan tentang org melayu ni mereka akan bersatu bila.......

Oberstgruppenfuhrer Anwar HAH-bila apa wahai encik HAH??kalau sensitif,sila PM kpd saya~~

Helmi Hafidz Hasan selagi manusia mempunyai fahaman yg brbeza selagi tu x mungkin dpt brsatu, semasa zaman kesultanan melaka dh trbukti ,waima umat islam sendiri x dapat besatu. sebenar nya keadaan ini ada hikmah yg trsembunyi..

Ayah Wan ‎: Soalnya dlm sistem skrang jika melayu 100 % bersatu pun x akan kuasai parlimen tanpa bantuan undi kaum lain. Ini boleh dibuktikan dengan data. Sm pilihan melayu ialah tidak boleh mengetepikan kaum lain dlm sistem sekarang. Tapi jika bukan demokrasi dan tuanku sultan raja2 melayu mainkan peranan, itu lain ceritalah..... Tanpa kaum lain pun jadi.

Facebook Postings and Comments Updated

23/7/2010 ---Puasa Ramadhan dah hampir... Amalan turun temurun membersihkan tanah perkuburan di mana arwah ayah bonda dan sdr mara terdekat AW disemadikan, dilaksanakan di kampung AW. AW hadir dan memesen rumput ketika orang lain belum tiba. AW berhenti selepas sekali tambah minyak mesen n yg lain dah ramai hadir. Alfatihah.

Terima kasih dan tahniah kerana pondok tunggu bas depan klinik khadijah batu 6, kuala terengganu yg AW mula siarkan dalam blog http://www.cgpencen.blogspot.com/ kerana rosak 2 tahun lalu telah dibaiki oleh majlis bandaraya ktrg hari ini.

Monday, July 12, 2010

Ahli Parlimen Malaysia

Rakyat Malaysia seramai 27 juta... Ahli parlimen berjumlah 222 orang MP... MP umno (jika tak silap)cuma 78 orang termasuk 14 orang dari Sabah. Dalam negara demokrasi inilah asas permainannya. Siapa ramai dia kuat. Nampak gayanya kita kuat ke? ...Hai! naik seram bulu roma AW mengingatkan the future...cucu no 6 dan 7 masih kecil...

MP umno dari semenanjung, kalau x silap, cuma 64/222 (28.83%) orang di parlimen. Hai! Macam mana nih?...

Wednesday, July 7, 2010

Tersasar dan Pendidikan

Tersasar.
Solat tak pernah ... Puasa tak tinggal ... Makanan mesti yang halal jer ... Bila sebut babi, marah macam nak gila! Terdidik cara Islamkah nih? Bila sebut PAS, katanya,'' Bawa ajaran sesat!'' ... Astgafirullah ...

Pendidikan.
Pendidikan merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek; seperti tersenarai dalam Falsafah Pendidikan Negara. Peperiksaan hanya menguji pelajaran. AW rasa peperiksaan gagal menguji aspek pendidikan secara menyeluruh kerana instrument peperiksaan gagal meliputi keempat2 aspek di atas. Am I wrong?

Tiada gunanye 15 A pun kalau peranagai (Emosi, Rohani, Intelek) negatif. Gila A patut digantikan dengan gilakan pendedikan yang menyeluruh. Report card yg pentingkan markah perlu berubah menjadi report card yg melapurkan tentang emosi, rohani intelek dan fizikal oleh guru-guru di sekolah. Dengan itu, perkembangan sosial anak-anak dapat pantauan sekolah dan rumah. AW setuju UPSR & PMR di hapuskan kerana negara maju dal lama buat ini.



Facebook