Thursday, January 29, 2009

Penjenayah? dan UMNO bubar sayap?

Minggu ini saya berminat untuk mengulas dua perkara. Pertama mengenai Mendiang Kugan Ananthan dan kedua mengenai cadangan agar sayap UMNO dibubarkan.

Kugan Ananthan:

Saya bersetuju dengan pendapat yang mengataka bahawa kita tidak boleh menganggap penjenayah sebagai hero. Tetapi saya kurang bersetuju jika setiap orang yang ditangkap dianggap sebagai penjenayah. Seseorang tidak boleh dianggap sebagai penjenayah selagi dia belum didapati bersalah di mahkamah. Itu amalan kita. Jadi tidak wajar dianggap orang kena tangkap sebagai penjenayah walaupun ia ditahan di lokap polis.
Mereka yang sebenarnya penjenayah dalam hal ini adalah mereka yang menyebabkan tahanan itu didera sehingga mati. Siapa? Mahakamahlah yang akan menentukan.
Sayap UMNO dibubarkan:
UMNO mempunyai sayap yang kenali sebagai Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri. Pengerusi lembaga disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen Ismail menyarankan sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan bagi mengawal gejala buruk politik wang.
Suara tidak bersetuju dan menentang cadangan itu terdengar dari kalangan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri. Saya kira ini merupakan reaksi spontan yang wajar. Bagaimanapun, saya bersetuju dengan cadangan itu kerana selama ini saya sering mendengar perkataan "reform" berulang kali ditiupkan oleh pemimpin atasan UMNO, tanpa mengetahui apakah sebenarnya pengisian "reform" itu. Nah! Itulah dia. Pembubaran sayap yang dicadangkan supaya dibubarkan itu akan menyelamatkan UMNO yang kini nyawa-nyawa ikan; berwabak dan akibat memakan makanan rasuah (berfungus).
Para penentang cadangan itu pula sebenarnya merupakan mereka yang selama ini menyumbang ke arah geraf kejatuhan UMNO. So, tepuk dada tanya selera. Kalau mahu terus hidup dan pulih semula, bubarkanlah sebagaiman cadangan Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen Ismail tersebut. Jika tidak, sama-samalah kita tunggu akan nasib UMNO pilihanraya 13 kelak.

No comments: