Tuesday, September 24, 2013

Milik Allah.

Semua ilmu, ciptaan, rekaan atau penemuan terbaru; tak kira sama ada dari orang kafir atau orang Islam adalah milik Allah SWT. Perkara yang penting adalah ilmu, ciptaan, rekaan atau penemuan itu hendaklah yang bernafaat. Wallahua'lam.

So soal ilmu Islam atau bukan Islam itu bukan isu kerana semuanya adalah hak Allah. Sebutlah apa sahaja ciptaan orang kafir, jika bermanfaat, adalah juga keperluan bagi orang Islam. Contoh yang paling mudah adalah kapal terbang. Ia adalah keperluan, walaupun yang menciptanya bukan orang Islam. Wallahua'lam.

Friday, March 18, 2011

Firman Allah yang diulang berkali-kali

Firman Allah yang diulang berkali-kali, di antaranya:

وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. 

إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 
Meh kita pakat ambil fahaman dan insafi diri......... 
Pertama, Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. So, jangan menipu Allah. Kedua, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. So, jangan berhenti berdoa dan 'membalas' kasih sayang Allah. Wallahu,alam.
Aida Cutes: terima kasih kerana peringatan dan perkongsian...

Thursday, March 17, 2011

Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat

إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. An Nisaa' : 58
Allah SWT mendengar segala permintaan kita. So, kita kena present diri kita agar menjadi lebih presentable, tanpa dosa, supaya segala permohonan kita dimakbulkanNYA. Jika kita penuh dengan noda dan dosa, bertaubat dulu sebelum berdoa. Sesungguhnya kita perlu rasa malu kepada Allah SWT untuk menadah tangan dan memohon macam-macam jika kita sentiasa engkar perintahNYA. Allah sentaiasa mendengar, tetapi Allah mungkin tidak melayan kita kerana kita derhaka, wallahu'alam.
Kita juga tidak terlepas daripada Pandangan Allah SWT. So, tindak tanduk kita dan tingkah laku kita hendaklah selaras dengan syariat agar tidak dimurkaNYA. Apa yang orang nampak tidak penting; yg penting apa yang Allah nampak. Orang mungkin tidak bersetuju dengan cara kita berpakaian mengikut syariat, tetapi adakah itu kehendak Allah? Jika ya, maka ketepikanlah apa orang kata, kerana kita di jalan yang benar. Wallahu'alam.
Jika AW salah, di harap ada mereka yang lebih arif yang sudi memperbetulkannya, insya-Allah.

Friday, March 11, 2011

Kelebihan Membaca Al Quran

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

Di dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)

Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia... tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
 
Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)
 
Di dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan baca. 
 

Monday, September 6, 2010

Sosilawati Hilang!

Sosilawati Hilang!




Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.



Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.



Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu. Sooselawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.



Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.

Thursday, August 19, 2010

Air


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kalau tak silap dengar (MHI) jumlah air di dunia: 97 % adalah air masin; 23% adalah air tawar dan daripada 23% air tawar itu, sebahagian besarnya dalam bentuk ais. Air air di mana mana air but not a drop to drink.
Orang Malaysia mengambil wudud dengan 7 liter air sedang di S'pore 1.5 liter sahaja. Why? Air di sana mahal.

Wednesday, August 18, 2010

Bercakap Besar

... Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu (Berulang-ulang dalam Al- Quran).

 Kita atau sesiapa sahaja tidak boleh menang dengan hanya bercakap besar. Mereka yang bercakap besar biasanya hanya tahu bercakap dan menyatakan angan-angannya secara berlebihan, kadang-kadang tidak tercapai akal. Orang begini selalunya tidak mempunyai strategi atau lojistik atau urutan proses tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan. Peliknya mereka ini berkeyakinan tinggi dan suka menyuarakan buah fikirannya dengan gaya bercakap besar. Malangnya mereka yang bercakap besar kurang diberikan perhatian serius oleh mereka yang mendengar. Malah ia boleh menimbulkan kebencian orang semata-mata.

Bercakap besar hanya mungkin berguna sebagai gimik sesuatu matlamat yang baik. Ia dijadikan sesuatu yang boleh menggemparkan yang  boleh mendorong tindakbalas untuk orang berfikir dan menghasilkan sesuatu yang baik. Kemudian mereka yang tidak terlibat dengan cakap besar itu yang mengaturkan proses, strategi dan logistik yang berkesan  demi kejayaan. Itu sahaja. Sebagai contoh cakap besar yang ada proses, stretegi, dan lojistik ialah matlamat mencapai status negara maju dalam tahun 2020. Dan, yang merupakan cakap besar yang telah gagal ialah keinginan untuk mencapai matlamat 70 juta penduduk yang telah lenyap begitu sahaja itu.

Satu lagi cakap besar yang sedang melanda Malaysia ialah keinginan orang Melayu mahu menang pilihanraya tanpa bantuan kaum lain. Cakap besar sebegini amat Malang bagi orang Melayu jika ia dijadikan pedoman. Kerana kalah dalam pilihanraya bererti kehilangan kuasa di parlimen. Menang cakap tidak memberi apa-apa faedah. Apa yang diperlukan adalah menang dalam pilihanraya selagi kita amalkan sistem demokrasi. Lainlah jika negara diperintah dengan kuasa mutlak oleh Tuanku Raja-raja Melayu. Wallahu'alam.
Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, August 17, 2010

Seronoknya Berpuasa

...Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
8 Ramadhan: Tadarus Al-Quran hari ini 18-8-2010 dah masuk Juz 16, Surah Al Kahfi, Alhamdulillah.
AW pohon semua kenalan, terutama di FB, berada di dalam keadaan sihat dan sedang giat melaksanakan tuntutan puasa. Insya'Allah, usaha kita semua akan mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. Sampai masanya kita semua akan kembali kepadaNya tanpa sebarang hutang berkait puasa.

Monday, August 16, 2010

Seronoknya Puasa

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Seronoknya Puasa. Semuanya berjalan lancar. Diberikan Allah kesihatan yang baik dan kebahagiaan. Hari ini, 17-8-2010, hari ketujuh... Tadarus Al-Quran dah masuk Juz 13, Surah Yusuf, Alhamdulillah. Insya'Allah seminggu lagi khatamlah.

Sunday, August 15, 2010

Matlamat Hidup dan Matlamat Mati

Sesungguhnya Allah Menyukai Orang-orang Yang Bertakwa.

Hidup ini ada matlamatnya, demikian juga mati. Tanpa matlamat kita sesat arah dan berakhir dengan ketidaktentuan hasil samada buruk atau baik. Mereka yang tidak ada matlamat samalah seperti seorang yang bangkit dari kerusi dan berjalan-jalan dalam rumah. Dia tidak tahu ke manakah tujuannya; ke dapurkah
atau ke bilik air. Jadi perjalannya itu nyata membazir dan membuang masa.
Mereka yang ada matlamat tidak mudah membuang masa. Langkahnya bermatlamat. Masanya sentiasa terisi dengan sesuatu yang berfaedah. Dia produktif dan sentiasa berfikiran positif. "Think big" dan "work smart" menjadi amalannya. Putus asa tiada dalam khamus hidupnya. Lorong perjalanannya jelas. Perjalanannya tidak tersekat. Pencapaian matlamatnya disokong dengan usaha yang berterusan dan gigih. Perlakuannya sentiasa diasaskan dengan niat kerana Allah.


Matlamat mati tentulah lebih penting dan utama bagi orang Islam. Apakah persediaan untuk mati? Adakah semua tuntutan selepas kematian itu telah dipenuhi? Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. Justeru, mereka yang bermatlamat akan akur dengan sifat yang disukai Allah itu. Segala yang dilakukan adalah dengan kesedaran bahawa ia adalah kerana Allah. Dengan cara itu manusia Islam akan terhindar daripada semua amalan mungkar yang semestinya tidak dilakukan kerana Allah. Menghasut dan mengumpat umpamanya adalah tidak sejajar dengan amalan orang yang bertakwa dan beriman.
Matlamat mati adalah untuk hadir di alam Akhirat yang kekal dan hadirnya kita tanpa membawa sebarang dosa. Lainlah jika kita"tak lut api neraka". Mereka yang yang "tak lut api neraka" boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Mereka tak perlu tutup aurat, tak perlu puasa; malah tak perlu solat pun. Biar betul. Fikir-fikirkan.


Gambar AW Terbaru
(Taken on 16.8.2009)

Oleh kerana AW masih cuti FB, AW hulurkan input ini dari pondok kampung AW melalui blog AW untuk di'share' dengan kekawan FB . Sepanjang cuti AW Tak Komen dan tak menggunakan 'Like' tak chat dan tak hantar posting secara direct. AW cuma guna INBOX dan posting daripada blog AW dan updatekan FB sahaja.

Thursday, August 12, 2010

Pakaian Artis

Sesetengah artis terutama yang muda-muda suka berpakaian pelik dan luar biasa. Ini bukan mengenai yang menjolok mata, tetapi mengenai yang memakai sesuatu tidak kena pada tempatnya. Umpamanya, ketika menyanyi dalam konsert pada waktu malam mereka memakai sunglass. Ada juga yang memakai topi seolah-olah menahan dari terkena panas matahari sewaktu di pentas waktu malam. Tentang rantai berumbai-rumbai tu AW tak nak komenlah, sebab itu dah memang fesyen terkini untuk gulungan mereka. Anihnya, ramai pula mereka yang bukan artis di luar sana yang meniru cara artis tersebut.

Artist adalah idol masyarakat. Jadi mereka wajar menunjukkan contoh yang bersih dan baik agar masyarakat terutama yang muda macam mereka, agar tidak terikut-ikut dengan cara yang kurang betul atau tak berapa betul itu. Wallahuaklam.

Sunday, August 8, 2010

Cuti Facebook Sebulan


AW mengambil kesempatan ini memaklumkan kepada semua kenalan FB bahawa mulai Rabu ini 11 Ogos, 2010 AW akan gantung semua posting, komen dan "like" selama sebulan kerana tumpuan terarah kepada Ramadhan. Bagaimanapun REQUESTS dan INBOX masih diaktifkan dan dijawab.

Oleh itu AW mengambil ruang dan peluang ini untuk memohon maaf daripada semua, apalagi yang telah menjadi amat rapat ...dan mesra dengan AW selama ini. AW tak lupakan. Semua kesilapan dan kekasaran AW selama berceloteh di FB hendaklah di maafkan. Kesilapan semua kenalan, tua dan muda, jika ada AW maafkan dan AW doakan kesejahteraan semua kenalan AW. Insya,Allah, jika dipanjangkan usia AW akan berinteraksi semula dengan semua, jauh dan dekat. Selamat Berpuasa dan raih pahala Ramadhan. Sekian. Wassalam

(Penulis dikenali sebagai Ayah Wan [AW] di Facebook)

Friday, August 6, 2010

Kembalikan Selindang Menggantikan Jilbat dan Skaf

Baju Kurung Menggantikan Jubah.

Boleh tak dikembalikan selendang (Menutup litup aurat) bagi wanita Melayu Islam. Dipakai dengan baju kurung, tanpa menampakkan jambul, amat manis dan kelihatan Melayu bagi wanita Melayu. Perlahan2 meninggalkan jubah dan jilbat yang bukan Melayu itu.

Sesiapa yang berani mengayakan selendang dan baju kurung (Tanpa menunjukkan jambul), harap buat posting. Kita cuba promote semula. Dijamin lebih manis dan lebih Melayu daripada Jubah dan jilbat atau skaf yang entah dari mana asalnya.

Hidup Melayu Islam.

Thursday, August 5, 2010

Facebook Hari Ini: Pekerja dan Bos


Ayah Wan: Pekerja lebih ramai daripada bos di dunia ini. Kita selalu dengar pekerja kata bos 'tak betul'. Soalnya adakah pekerja itu 'tak bengkok'? fikir-fikirkan..
2 hours ago via Mobile Web ·

You and Kluang Man like this..


Kluang Man: saya fikir macam nie plak AW.. "Semua orang dah tak betol sebenarnya..Jadik ! semua orang yang tak betol memandang seorang Bos yang betol... makan mereka berkata Bos yang tak betol.."

Semua orang dah gila, orang-orang gila itu memandang say...a seorang yang tak gila-gila. Makan orang gila itu menuduh saya yang gila . sebenarnya siapa yang gila????????



Ayah Wan: bagaimana kalau kita tukar nama panggilan. Kita panggil bos tu 'pekerja'... dan pekerja itu kita panggil 'bos'. Tentu nanti 'bos' akan kata 'pekerja' tak betul pulak..... hihihi

Wednesday, August 4, 2010

Disyakki Penipuan Dalam Facebook


Susan Parker August 4 at 9:02pm Report
Congratulations from facebook

You have been selected as one (1) of (15) winners in this months facebook online cash splash promo selected from malaysia by our internet processing unit. Our fifteen (15) winners have been selected from five continents currently connected to the facebook network.

Your User name as the 5th beneficiary in this promo was chosen at random by our Digital Random Internet Processing Service (D.R.I.B.P.S) and your reward is coming from the interests generated from advertising and copyrights from the facebook network.

Congratulations once again from facebook, You are entitled to the sum of $200,000.00 (Two hundred Thousand USD Only). Your winnings will be collected via a certified cheque, online cheque or Valid Account.

Contact the fudiciary agent provided to you for the remittance of your reward through your e-mail box that was used for registration on the facebook network.

Fudiciary Agent:frank Browne.
Email:frankbrowne81@gmail.com

Fill in the info below and send to your fudiciary agent through e-mail in order to receive original copies of your winning certificate and payment approval for presentation to the paying Bank.

Your full names:......................................
Your Country of residence/nationality:........
Your Contact Phone number:.....................
Your age:................................................

Susan Paker,
facebook Team.

An Nuur:64

Alhamdulillah, dengan izinNya AW selesai mengaji malam ini 4/8/2010 dan berakhir dengan ayat: Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. An Nuur:64

Sunday, August 1, 2010

Bertunang Dengan A; Kahwin Dengan B

Ayah Wan ‎....bertunang dengan A, berkahwin dengan B...... Salam 1Malaysia...

You, Salasiah Bidin and Zoal Isas like this..

Zoal Isas bercinta dengan C :)

Ayah Wan ‎..... Bercerai dengan D:)

Qasih Nisa rujuk dgn E

Ayah Wan Kekal dengan B dan E nampaknya sekarang, ye Qasih?... Atau ada perkembangan terbaru. Kita tunggu kekawan lain beritahu. Mungkin mereka lebih tahu.

Ayah Wan oops! .... Bilakah dia berkahwin dengan E?

Qasih Nisa sape nak jawab persoalan tu ye AW?
atau die kawen kat siam n belum daftar..

Ayah Wan agaknyelah... Tapi kita x boleh main tuduh2

Salasiah Bidin sensitif tp ada betulnya..dan mendalam makna topik AW pagi ni. Tksh krn mengaktifkan fikiran saya.....

Qasih Nisa ‎>)

Ayah Wan Salasiah, adakah dia berkahwin dengan E. Yer... gak....klu x kawin mana boleh ada cerita rujuk. Mereka kawin lah tu.

Kluang Man dah jodoh...

Ayah Wan Rekod: Bertunang dengan A... Kawin dengan B; bercinta dengan C; pernah kahwin dengan D & bercerai; tentu pernah kawin dengan E dan bercerai serta rujuk semula; Jadi sekarang B dan E bermadulah. Apa dah jadi dengan tunangnya A dan kekasihnya C? Makin berbelit nampaknya.

Kluang Man dah suratan takdir... nak buat cam mane...

Ayah Wan aahaaahaahahahaaaa..... KM

Qasih Nisa rasa cinta pertama susah nak dilepaskan.. knangan tetap membakar sanubari.. so kawen gak dgn A
kerana terharu dgn kesetiaan yg C miliki.. maka jadi lah sketsa madu 4..
hehehe

Ayah Wan hahahahahaaaahahahaaaaaa....ni dah cukup had dah ni... AW rekodkan

Ayah Wan
Isteri pe1:B
isteri ke2:E
isteri ke3:A
isteri ke4:C
hai...bila nak bercakaran?...

Tuesday, July 27, 2010

Alam Khayalan.

Alam khayalan merupakan mainan para pengarang dan mereka yang mengaku pakar dalam bermacam bidang. Dalam alam khayalan semua masalah boleh disesesaikan. Semua orang diminta berfikiran positif serta mempercayai khayalan yang disogokkan dalam buku dan artikal mereka. AW telah membaca banyak buku dari barat yang mengusulkan bermacam kaedah dan cara untuk berjaya.

Salah seorang daripadanya bergelar Dr. Tomorrow. Malangnya beliau sendiri tinggal di rumah rakit sampai ke tua. Mereka ini berjaya menjual idea kerana manusia suka kepada cerita-cerita kejayaan, walaupun kejayaan hanya berpihak kepada yang berjaya menjual buku tentang kejayaan. Samalah macam pemilik burung yang melihat nasib di kaki lima.... percaya.... berdosa. AW akhiri dengan hahahaha......... titik.

Saturday, July 24, 2010

Semua yg baik datangnya dari Allah

Pernah AW bertembung dgn sorang hamba Allah dlm fb yg menolak falsafah oleh org barat kerana katanya dia hanya berpegang pada Quran dan Hadith. Lalu AW kata jangan begitu, kerana semua yg baik datangnya dari Allah walaupun terbit dari minda kafir; ia cuma lalu ikut kepala kafir dgn kehendahNya jua. Justeru ia bukan mil...ik kafir. Chtoh mudah ialah ciptaan k.terbang; oleh kafir tapi dimanfaatkan oleh org Islam seluruh dunia. Oleh itu yg baik tetap dari Allah, jgn tolak membabi buta. Wallhuaklam.

Pendapat Kawan-kawan:

Moazmar Omar: yalah ..kalau macamtu ..nampak gaya dia pakai unta sahaja
14 hours ago · LikeUnlike ·

Ayah Wan ‎: tu la.... kadang2 kita kurang menyelami... Apa2 yg datang dari barat kita anggap tidak Islam, lalu menolaknya. Rugilah kita kalau macam tu. Yang baik kita kena terima kerana ia dari Allah... Manusia Islam, manusia kafir adalah; mana ada kerusi Islam atau kerusi kafir? So hati2lah bertambah rugilah kita jika menolak ilmu dari barat yang baik2...sedangkan ianya milik Allah. Kalau ajaran sesat, di sini pun ada! Wallahuaklam.

Mencipta Kenangan

Ayah Wan ‎: Pernahkah anda terfikir bahawa kenangan boleh dicipta. Gunakanlah masa, ruang, peluang yg ada sekarang, di saat ini, untuk mencipta kenangan yang indah2 untuk diimbau pada masa depan. Wake up... up... go go n have fun.

Ayah Wan ‎: Tapi lupakanlah keinginan mencipta kenangan yg hapak dan hacing, coz x berbaloi utk dikenang.

Moazmar Omar : kekadang kenangan datang dengan ciptaan kekadang kenangan bertandang dengan tak dijemput.......yang mampu dicipta pastinya penuh warna ..namun disebaliknya pasti perih dan pedih untuk ditelan ......sementara stok masih ada isilah ruangan yang ada dengan penuh warna ....